Page 336 - e Prosiding Serai 2021
P. 336
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
(Learning to do), belajar untuk menjadi sesuatu (learning to be) dan belajar untuk hidup
bersama-sama (Learning to live together). Untuk pembentukan model yang lengkap, konsep
pembelajaran yang diketengahkan oleh Delors akan digabungkan dengan konsep
pembelajaran Ibn Khaldun (2006), dan juga Imam al-Ghazali (2006).
Tunjang Pengetahuan Umum
Belajar untuk mengetahui (Learning to know) diertikan sebagai belajar untuk memperoleh
pengetahuan umum, iaitu proses pembelajaran dengan menggabungkan pengetahuan am
yang cukup luas melalui disiplin ilmu tertentu. Ibnu Khaldun (2006) mengaitkan proses
pembelajaran sebagai proses mengembangkan potensi berfikir mengikut kemampuan.
Manusia biasanya akan mencari individu yang mampu memberi khidmat nasihat yang
berkaitan dengan keperluan kehidupan, seperti ekonomi, sosial, pendidikan, politik dan
seterusnya perhubungan dengan alam sekitar serta Tuhan maha pencipta. Imam al-Ghazali
(2006) turut menjelaskan, selain ilmu agama, dalam proses pembelajaran, manusia akan
belajar menjaga kesihatan, kekuatan, estetika dan usia yang panjang demi untuk beribadat
kepada Allah S.W.T. Malah, manusia juga perlu menjaga dan mengawal persekitaran meliputi
aspek harta, kehormatan diri, kedudukan dan keturunan yang baik.
Tunjang Kemahiran
Belajar untuk melakukan (Learning to do) dikaitkan dengan belajar untuk memperoleh
kemahiran tertentu. Syahrul Riza (2008) mengulas pandangan Ibn Khaldun berkaitan dengan
pengembangan kemahiran manusia adalah berdasarkan kepada potensi akal dan potensi lain
yang dianugerahkan Allah S.W.T. untuk diusahakan menjadi amalan yang sesuai dengan
tuntutan wataknya. Berikutnya, Imam al-Ghazali (2006) menganjurkan agar pendidikan
manusia hendaklah bertujuan mencapai tahap kesempurnaan dan kesejahteraan hidup dunia
dan akhirat. Ibn Khaldun (2006) menambah setiap manusia akan berfikir dan berusaha untuk
memenuhi keperluan dirinya hingga membolehkannya menemui kebenaran, pengetahuan
dan memahami peristiwa yang berlaku.
Tunjang Pembangunan Insan
Belajar untuk menjadi sesuatu (learning to be) dikaitkan dengan pengertian pembangunan
Insan. Imam al-Ghazali (2006) dalam bukunya Ihya Ulumuddin menjelaskan tujuan
pendidikan adalah untuk menghilangkan akhlak yang buruk dan menanamkan akhlak yang
baik (H.M. Zainuddin, H. Nur Ali dan Mujtahid, 2009). Pendidikan yang baik merupakan jalan
untuk mendekatkan diri kepada Allah dan untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia
dan akhirat. Pendidikan yang dicari bukan untuk mencari kedudukan, kemegahan dan
kesenangan hidup. Tujuan pendidikan yang paling utama ialah beribadah dan taqarrub
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 318

