Page 344 - e Prosiding Serai 2021
P. 344
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
memahami makna ayat kerana lemahnya pemahaman terhadap struktur ayat yang betul.
Penelitian terhadap aspek tatabahasa dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu
banyak dilakukan oleh sarjana bahasa antaranya Zaharani Ahmad dan Nor Hashimah
Jalaluddin (2010), Zaharani Ahmad et. al (2011), Nor Eliza dan Mohd Sharizal Nasir (2014),
Norsimah Awal, Nadzrah Abu Bakar dan Nor Hashimah Jalaluddin (2012), Ramli Salleh
(2006) dan Zulkifley Hamid (2006) yang secara purata membincangkan aspek pembetulan
kata dan tatabahasa Bahasa Melayu, namun mereka tidak meneliti aspek kesalahan bahasa
yang dilakukan oleh pelajar.
Walau bagaimanapun, dengan pelaksanaan beberapa langkah dan pengubahsuaian
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu perlu dilaksanakan agar
pengajaran Bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sempurna.
METODOLOGI KAJIAN
Penyelidikan ini dijalankan secara kaedah eksperimen kuasi. Responden dipilih
menggunakan persampelan rawak, lalu dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan. Sampel kajian yang dipilih terdiri daripada pelajar tahun
empat di SJKT St.Philomena Convent, Ipoh, Perak. Pengkaji memilih pelajar tahun empat ini
kerana mereka sudah mempunyai pendedahan terhadap pembentukan ayat mudah. Seramai
30 orang pelajar telah dipilih secara rawak yang terdiri daripada dua kumpulan setiap
kumpulan seramai 15 sampel ditetapkan, iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Lokasi kajian ini
dijalankan di sekolah Tamil, di Ipoh. Tempoh eksperimen yang dijalankan adalah selama tiga
minggu. Lokasi kajian ini dipilih kerana penyelidik juga berasal dari Ipoh, maka hal ini akan
memudahkan pengkaji untuk menguji kemahiran membina ayat dalam pra ujian dan pasca
ujian. Instrumen kajian ini ialah sebuah gambar tunggal dengan kata kerja yang dilebal untuk
mengukur kebolehan pelajar membina ayat yang lengkap tanpa kesalahan tatabahasa.
PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Kajian ini bercorak eksperimen dijalankan di sebuah sekolah Tamil di Ipoh melibatkan 30
sampel seramai 15 orang diletakkan dalam kumpulan bina ayat menggunakan kaedah Jadual
Ansur Maju (JAM) dan 15 orang diletakkan dalam kumpulan bina ayat yang menggunakan
kaedah konvensional. Prosedur kajian dalam kajian ini dapat dilihat dalam Rajah 1 yang
menunjukkan cara kajian ini dijalankan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 326

