Page 346 - e Prosiding Serai 2021
P. 346
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Hipotisis 1:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pra dan pasca bagi kumpulan yang
mengikuti kaedah Jadual Ansur Maju(JAM).
Jadual 1: Skor min ujian pra dan pasca kaedah JAM
Min Sisihan Piawai Ujian T
Kaedah JAM Ujian pra 44.06 3.15 0.000
Ujian pasca 54.46 2.81
Berdasarkan jadual di atas analisis skor min ujian pra bagi kaedah Jadual Ansur Maju(JAM)
ialah 44.06 (SP=3.15). Untuk skor min ujian pasca bagi kaedah Jadual Ansur Maju (JAM)
pula ialah 54.46 (SP=2.81). Berdasarkan UjianT untuk kaedah Jadual ialah P=0.000 (P≤0.05)
maka hipotesis kajian ini ditolak. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara
markah pra an pasca bagi kumpulan yang mengikuti kaedah belajar membina ayat
menggunakan Jadual Ansur Maju (JAM).
Berdasarkan dapatan, teknik penggunaan kaedah Jadual Ansur Maju (JAM)
merupakan salah satu unsur kreatif dalam pengajaran kemahiran membina ayat di mana
peringkat pemeringkatan ayat membimbing murid mengisi setiap ruangan dalam jadual untuk
menghasilkan ayat yang lengkap dan gramatis. Dalam kajian ini, kaedah JAM merujuk kepada
pembinaan jadual untuk memenuhi keperluan murid mengikut kategori Galus, Lulus, Potensi
lulus , Cemerlang dan masalah pembelajaran. Penggunaan kaedah JAM secara tidak
langsung membantu murid untuk menyusun dan menulis ayat menggunakan tatabahasa yang
betul. Menerusi kaedah JAM, murid melabelkan kata kerja atau aktiviti yang terdapat dalam
gambar yang sedia ada dalam setiap latihan.
Berdasarkan dapatan, murid sekolah Tamil dengan mengapliksaikan kaedah Jadual
Ansur Maju (JAM) mampu menulis ayat mengikut arahan yang disediakan di samping itu
membuat penambahbaikan dalam pembentukan ayat dari segi penggunaan tatabahasa,
ejaan, kosa kata, huruf kecil ,huruf besar dan seumpamanya. Boleh dikatakan, strategi dan
kaedah pengajaran secara tidak langsung mempengaruhi penguasaan murid dalam
kemahiran menulis ayat. Yahya Othman dan Suzanawaty Osman (2014), mendapati bahawa
guru yang kurang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran boleh membawa impikasi
buruk sehingga murid kurang mahir dalam kemahiran menulis ayat.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 328

