Page 347 - e Prosiding Serai 2021
P. 347

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Hipotisis 2 :

               Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pra dan pasca bagi

               kumpulan kawalan yang mengikuti kaedah belajar konvensional.


               Jadual 2: Skor min ujian pra dan pasca kaedah konvensional

                                                     Min           Sisihan Piawai          Ujian T

               Kaedah konvensional Ujian pra           48.93          6.23        0.022
                                                  Ujian pasca    52.80      3.50




               Berdasarkan jadual di atas analisis skor min ujian pra bagi kaedah konvensional  ialah 48.93

               (SP=6.23). Untuk skor min ujian pasca bagi kaedah konvensional pula ialah 52.80 (SP=3.50).
               Berdasarkan  Ujian  T  untuk  kaedah  konvensional  ialah  P=0.022  (P≤0.05)  maka  hipotesis
               kajian ini ditolak. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pra dan

               pasca bagi kumpulan yang mengikuti kaedah konvensional.

                       Dapatan membuktikan bahawa,  pendekatan pengajaran berbantukan  chalk and talk

               sangat sebati walaupun pendidikan berubah wajah ke arah  teknologi dan maklumat. Menurut
               Suppiah  Nachiappan  (2014),  kebanyakkan  guru    sekolah  menganggap  kaedah  tradisonal
               merupakan  cara yang terbaik dan pelajar tetap memahami kaedah ini dengan mudah semasa

               guru menyampaikan PdP dalam bilik darjah.

                          Dengan  yang  demikian,  di  sekolah  rendah  kebanyakan  guru  masih  menggunakan

               kaedah tradisional, iaitu kaedah terus membina ayat tanpa menitikberatkan pemeringkatan
               ayat untuk menghasilkan ayat yang lengkap dengan tatabahasa yang betul. Dengan kaedah
               konvensional murid tidak mempunyai hala tuju yang betul untuk mengembangkan idea ke

               dalam bentuk ayat yang lengkap. Kelemahan ini akhirnya menyebabkan murid tidak dapat
               menghasilkan karangan yang berdasarkan idea mereka sendiri.



               KESIMPULAN


               Penggunaan bahan PdP yang berkesan dapat membantu murid mempelajari Bahasa Melayu
               sebagai B2. Penggunaan kaedah Jadual Ansur Maju (JAM) wajar dillaksanakan di sekolah
               rendah  memandangkan  kaedah  ini  memudahkan  murid  memahami  pengembangan  ayat

               dengan subjek dan predikat yang betul. Pembinaan ayat dengan elemen tatabahasa yang
               betul, adalah asas bagi penulisan karangan yang baik .




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                329
   342   343   344   345   346   347   348   349   350   351   352