Page 348 - e Prosiding Serai 2021
P. 348

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                           Bagi kedua-dua kaedah PdP dalam pembinaan ayat memang wujud  perbezaan yang
               amat ketara. Kaedah konvensional walaupun membuatkan murid menulis ayat, namun pada

               hakikatnya  pembinaan  ayat  tanpa  susunan  yang  betul  dengan  subjek  dan  predikat  ,
               melambangkan kaedah ini tidak harus dilaksanakan dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah
               Tamil. Bagi murid sekolah Tamil yang mengamalkan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai

               bahasa  kedua,  kaedah  ansur  maju  dari  senang  ke  susah  merupakan  kaedah  yang  amat
               sesuai. Kaedah Jadual Ansur Maju (JAM) mampu memandu murid ke arah pembentukan ayat

               dengan idea yang betul sehingga membantu murid memperoleh Tahap Penguasaan yang
               tinggi dalam aspek penulisan.



               CADANGAN

               Kemahiran membina ayat merupakan komponen yang paling penting dalam pembelajaran

               Bahasa melayu . Bagi pelajar di SJKT St.Philomena Convent, Ipoh masalah ini dapat diatasi
               sekiranya guru menitikberatkan pembentukan ayat dari segi struktur tatabahasa, penggunaan
               ejaan,  huruf kecil,  huruf  besar  dan  sebagainya dengan menenkankan kaedah  pengajaran

               yang  selaras  dengan  kehendak  dan  tahap  penguasaan  murid  .  Sehubungan  itu,  sebagai
               pendidik  ,  guru  perlu  bijak  memilih  kaedah  pengajaran  yang  sesuai  untuk  menambah

               pengetahuan dan kemahiran, membina ayat dalam kalangan murid sekolah Tamil. Pendek
               kata,  pengajaran  guru  seharusnya  menerapkan  pelbagai  strategi  yang  kompeten  bagi
               memastikan  kualiti  pendidikan  yang  diterima  oleh  kanak-kanak  sejajar  dengan  hasrat

               Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan  (Anida  Sarudin,  Dahlia  Janan,,  Zulkifli  Osman,  Ahmad
               Khair Mohd Noor, 2016).



               RUJUKAN

               Abdul  Rasid  Jamian,  Samsudin  Othman  dan  Humaizah  Hashim.  (2012).  Persepsi  guru
                     terhadap  penggunaan  kartun  dalam  tranformasi  pengajaran  penulisan  karangan
                     bahasa  Melayu.  Jurnal  Pendidikan  bahasa  Melayu;  Malay  Language  Education
                     (MyLEJ), 2(1)-pp129-140. ISSN 2180-4842.

               Aliza  Ali,  and  Zamri  Mahamod.  (2016).  Pembangunan  dan  kebolehgunaan  modul
                     berasaskan  bermain  bagi  pembelajaran  kemahiran  Bahasa  Melayu  kanak-kanak
                     prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu; Malay Language Education (MyLEJ).
                     6(1).pp. 16-29 ISSN: 2180-4842

               Anida Sarudin; Dahlia Janan;Zulkifli Osman;Ahmad Khair Mohd Noor.(2016).  Penguasaan
                     Bahasa Melayu Kanak-Kanak Prasekolah Berdasarkan Inventori   Penilaian Kemahiran
                     terancang.  International Journal Of Language Education And Applied Lingustics. ISSN
                     :2289-7208/ e-ISSN:2289-9294






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                330
   343   344   345   346   347   348   349   350   351   352   353