Page 374 - e Prosiding Serai 2021
P. 374
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dengan dapatan kajian Syed Lamsah (2020), WhatsApp dan Telegram sebagai pencetus
pembelajaran untuk meningkatkan penglibatan pelajar di portal e-pembelajaran.
Jadual 3 menunjukkan nilai kekerapan dan peratusan pemilihan medium e-pembelajaran
guru pelatih bahasa Melayu.
Dimensi / Penilaian %
Google Meet 30 30.9
Google Classroom 17 17.5
WhatsApp 39 40.2
Telegram 11 11.3
Jumlah 97 100.0
2. Apakah pemilihan jenis medium e-pembelajaran oleh guru pelatih memberi kesan
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bahasa Melayu?
Jadual 4 menunjukkan skor min bagi kesan pemilihan jenis medium e-pembelajaran
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi guru pelatih opsyen
bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa bagi kesan purata nilai min
dan sisihan piawai terhadap keseluruhan item kesan pemilihan medium e-pembelajaran
berada pada tahap sederhana tinggi iaitu N= 97, Min (3.97), SP (.709). Item D1 merupakan
item yang memperoleh nilai min tertinggi dan berada pada tahap tinggi iaitu min (4.35) dan
SP (0.722) manakala item D7 merupakan item yang mendapat nilai terendah dan
interpretasi tahap sederhana tinggi dengan memperoleh nilai min (3.71) dan SP (1.172).
Rumusannya, keberkesanan pemilihan jenis medium e-pembelajaran oleh guru
pelatih bahasa Melayu terhadap proses PdPR masih berada pada tahap sederhana tinggi.
Menurut Munirah Salleh (2021), pembelajaran bersemuka lebih mudah diterima oleh murid
berbanding pembelajaran secara dalam talian. Walaupun kesan pembelajaran secara
dalam talian dilihat memuaskan, kebanyakan responden memilih terhadap tindak balas
murid yang kurang memuaskan semasa proses PdPR yang lepas. Hal ini disokong oleh
Aviv & Golan (1998) yang menyatakan semasa pembelajaran dalam talian terutama dalam
perbincangan, kebanyakan murid hanya terlibat secara pasif dan hanya sedikit sahaja yang
mengemukakan soalan. Namun demikian, pembelajaran dalam talian diterima dengan baik
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 356

