Page 373 - e Prosiding Serai 2021
P. 373

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Prosedur Penganalisian Data

               Kesemua  data  yang  telah  dikumpulkan  akan  dianalisis  secara  deskriptif  dengan
               menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences Version 26.0 (SPSS). Statistik

               deskriptif  digunakan  untuk  menganalisis  profil  responden  dan  analisis  soal  selidik
               penggunaan  bahan  dalam  pengajaran  bahasa  Melayu.  Selain  itu,  statistik  deskriptif  juga

               digunakan untuk memperoleh kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian. Nilai min yang
               diperoleh digunakan untuk merumuskan tindak balas responden terhadap semua kenyataan
               yang  diberi  dalam  borang  soal  selidik.  Manakala  interprestasi  skor  min  bagi  kajian  ini

               berasaskan pentaksiran Nunnaly dan Bernstein (1994) seperti dalam Jadual 2 di bawah.

               Jadual 2 menunjukkan Penentuan Min.


                              BIL                     NILAI MIN                      ARAS


                               1                      4.01 – 5.00                    Tinggi

                               2                      3.01 – 4.00               Sederhana Tinggi


                               3                      2.01 – 3.00              Sederhana Rendah

                               4                      1.00 - 2.00                    Rendah


                            Sumber: Nunnally, J.C. dan Bernstein, I.H. (1994). The Assesment of Reliability.


               DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

               1.  Apakah jenis medium e-pembelajaran yang digunakan oleh guru pelatih bahasa Melayu

                   terhadap penggunaan e-pembelajaran pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
                   semasa menjalani praktikum?



                  Jadual 3 menunjukkan skor min bagi jenis medium e-pembelajaran yang digunakan oleh
                  guru  pelatih  bahasa  Melayu  semasa  menjalani  praktikum  secara  pengajaran  dan

                  pembelajaran di rumah (PdPR). Berdasarkan dapatan kajian, guru pelatih opsyen Bahasa
                  Melayu Ambilan Jun 2017 lebih banyak menggunakan medium e-pembelajaran WhatsApp
                  dengan  perolehan  sebanyak  39  kekerapan  dan  peratusan  40.2  iaitu  nilai  yang  paling

                  banyak  berbanding  dengan  jenis  medium  Google  Meet  yang  hanya  sebanyak  30  nilai
                  kekerapannya dengan peratusan 30.9. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa purata

                  nilai min dan sisihan piawai terhadap dimensi ini berada pada tahap sederhana iaitu N=
                  97, Min (2.32), SP (1.036). Rumusannya, pemilihan jenis medium e-pembelajaran guru
                  pelatih bahasa Melayu majoritinya menggunakan jenis medium WhatsApp. Hal ini selari


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                355
   368   369   370   371   372   373   374   375   376   377   378