Page 371 - e Prosiding Serai 2021
P. 371

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               bagi  memastikan  objektif  PdPc  tercapai.  Dalam  konteks  pendidikan,  sehingga  Mac  2020
               aktiviti pembelajaran secara formal yang melibatkan hampir 600 juta pelajar di seluruh dunia

               terjejas akibat arahan penutupan institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahu
               pun institusi pengajian tinggi (Goyal, S, 2020). Terdapat pelbagai jenis medium pembelajaran
               yang  belum  diterokai  keberkesanannya  dalam  meningkatkan  mutu  dalam  melaksanakan

               proses PdPR secara menyeluruh


               OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

               Secara khususnya kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:

               Jadual 1 menunjukkan Objektif Dan Soalan Kajian.

                Objektif Kajian                              Soalan Kajian

                 Mengenal     pasti   jenis   medium     e- Apakah jenis medium e-pembelajaran yang
                 pembelajaran guru  pelatih  bahasa  Melayu  digunakan oleh guru pelatih bahasa Melayu
                 terhadap    penggunaan     e-pembelajaran  terhadap     penggunaan      e-pembelajaran
                 pengajaran  dan  pembelajaran  di  rumah  pengajaran  dan  pembelajaran  di  rumah
                 (PdPR) semasa menjalani praktikum.          PdPR semasa menjalani praktikum?


                 Mengenal  pasti  keberkesanan  pemilihan  Apakah       pemilihan   jenis   medium    e-
                 medium  e-pembelajaran  guru  pelatih  pembelajaran  oleh  guru  pelatih  memberi
                 bahasa  Melayu  dalam  pengajaran  dan  kesan  terhadap  proses  pengajaran  dan
                 pembelajaran  di  rumah  (PdPR)  semasa  pembelajaran  di  rumah  (PdPR)  bahasa
                 menjalani praktikum.                        Melayu?





               METODOLOGI KAJIAN

               Reka Bentuk Kajian

               Metodologi yang digunakan dalam kajian akan mempengaruhi ketepatan maklumat mahupun

               data  yang  diperoleh.  Dalam  kajian  ini,  reka  bentuk  kajian  yang  digunakan  ialah  kajian
               kuantitatif dan berdasarkan kajian tinjauan.



               Populasi dan Sampel Kajian

               Dalam kajian ini, populasi kajian ini difokuskan kepada guru-guru pelatih bahasa Melayu yang
               mengajar di sekolah rendah di IPG Zon Timur dan IPG Zon Tengah. Pengkaji memilih seramai

               97  daripada  130  orang  guru  pelatih  sebagai  sampel  kajian  berdasarkan  penentuan  saiz
               sampel Krejcie dan Morgan (1970) yang telah menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan
               dengan saiz populasi kajian.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                353
   366   367   368   369   370   371   372   373   374   375   376