Page 370 - e Prosiding Serai 2021
P. 370
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Pandemik Covid-19 telah menyebabkan berlaku perubahan terhadap sistem pendidikan
secara mendadak yang pastinya memberikan cabaran kepada pendidik dalam melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Rentetan itu, penggunaan medium e-
pembelajaran telah mula diperkenalkan dan digunakan dalam mencapai objektif yang
disasarkan dalam bilik darjah. Namun, sejauh mana pemilihan jenis e-pembelajaran dalam
pengajaran secara dalam talian oleh guru pelatih IPG memberi kesan masih menjadi tanda
tanya. Transformasi pendidikan rendah dan menengah telahpun dilaksanakan melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 oleh KPM yang menjadikan
kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa serta
memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.
Pada awal tahun 2020, operasi aktiviti Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
dijalankan secara bersemuka namun terpaksa dihentikan dan dijalankan sepenuhnya secara
dalam talian dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), (Ehwan Ngadi,
2020). Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menambah baik kurikulum PdPc secara
dalam talian sebagai salah satu usaha bagi memastikan proses pendidikan dapat berjalan
dengan lancar dan berkesan dengan memperkenalkan konsep pembelajaran baru. Konsep
pembelajaran ini juga dikenali sebagai e-pembelajaran adalah pengaruh dalam proses
transformasi pendidikan konvensional ke dalam bentuk digital, baik kandungan dan sistem
(Santoso, 2014).
PERNYATAAN MASALAH
Seperti sedia maklum, negara kita telah dilanda wabak Covid-19 bermula pada bulan
disember 2019. Wabak ini telah menular dan mengakibatkan arahan yang dikeluarkan oleh
Menteri Keselamatan Negara (MKN) supaya semua sekolah ditutup susulan PKP yang mula
berkuatkuasa pada 18 Mac bagi membendung penularan Covid-19 (Syahirah Hani Roslan,
2020). Rentetan daripada peristiwa itu, sistem pendidikan terpaksa berubah dan dilaksanakan
secara dalam talian sepenuhnya. Selaras dengan Kamarul Azmi Jasmi (2011), guru
hendaklah bergerak sejajar dengan perubahan semasa yang semakin mencabar dari semasa
ke semasa selaras dengan aspirasi negara dalam Rancangan Malaysia ke Sepuluh iaitu
menjadikan profesion perguruan lebih menarik agar dapat memantapkan mutu pendidikan di
Malaysia. E-pembelajaran sudah lama wujud namun penggunaannya sangat minimum,
namun disebabkan pandemik para pendidik perlu mengoptimumkan platform digital yang ada
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 352

