Page 372 - e Prosiding Serai 2021
P. 372
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Instrumen Kajian
Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen kajian iaitu soal selidik untuk
mendapatkan data kajian. Menurut buku Panduan Amali untuk Penyelidikan Pendidikan,
kaedah soal selidik adalah teknik yang paling sesuai untuk mengumpulkan data berbentuk
pola. Pemilihan instrumen ini bertepatan dengan pandangan Chua Yan Piaw (2012) yang
mengatakan bahawa borang soal selidik merupakan instrumen kajian yang sering digunakan
oleh penyelidik dalam kajian deskriptif. Manakala Zikmund (2013) menyatakan bahawa soal
selidik merupakan pengganti diri pengkaji serta penghubung antara pengkaji dan responden
menjadikan penganalisian data mudah dilakukan apabila menggunakan soal selidik. Soal
selidik dalam kajian ini telah diubahsuai daripada kajian terdahulu.
Kesahan dan Kebolehpercayaan
Bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian, satu kajian rintis telah dijalankan
di IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras di Kuala Lumpur. Jumlah populasi untuk kajian rintis
dicadangkan antara 30 hingga 50 orang adalah bilangan yang munasabah (Isaac & Michael,
1995; Sekaran: 2000, Conelly; 2008, Treece & Treece; 2005, Fah et al., 2016),
mencadangkan saiz sampel untuk kajian rintis adalah 10 hingga 30 orang responden.
Berdasarkan pernyataan ini, pengkaji memutuskan untuk melibatkan seramai 20
orang guru pelatih opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2017 telah diambil bagi kajian rintis
ini. Kesemua data yang telah dikumpulkan akan dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences Version 26.0 (SPSS). Dapatan
analisis kajian rintis mendapati, nilai kebolehpercayaan keseluruhan item yang merujuk
kepada nilai Alpha Cronbach ialah 0.941 menunjukkan instrumen berada dalam keadaan
sangat baik dan efektif dan tahap konsisten yang tinggi sekali gus boleh digunakan dalam
penyelidikan sebenar (Bond & Fox, 2015).
Prosedur Pengumpulan Data
Setelah mendapatkan kesahan instrumen, borang soal selidik diedar secara dalam talian
kepada responden-responden yang terlibat iaitu guru-guru pelatih opsyen Bahasa Melayu
Ambilan Jun 2017 dengan menggunakan aplikasi Google Forms. Menurut Noraini (2010),
kaedah ini dipilih kerana peluang untuk mendapatkan semula soal selidik yang lengkap diisi
adalah tinggi. Masa yang diperuntukkan untuk memperoleh kembali maklum balas daripada
soal selidik pula adalah selama dua minggu.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 354

