Page 388 - e Prosiding Serai 2021
P. 388

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               (TALIS 2009).  Dalam konteks keperluan pendidikan negara kita,  PPB ditakrifkan sebagai
               pengalaman pembelajaran guru dan pemimpin sekolah melalui penglibatan secara formal dan

               tidak formal dalam pelbagai aktiviti PPB sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan,
               kemahiran,  kepakaran  dan  amalan  nilai  serta  ciri-ciri  profesional  yang  berkaitan  bagi
               meningkatkan kualiti pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21. (Pelan

               Pembangunan Profesionalisme Berterusan KPM  2014).
                       KPM  telah  membangunkan  Pelan  Induk  Pembangunan  Profesionalisme  Keguruan

               (PIPPK)  iaitu  dokumen  bagi  membantu  PPP  merancang  pembangunan  kerjaya  dan
               pembangunan profesionalisme berterusan (KPM 2014). Prestasi PPP diukur melalui Penilaian
               Bersepadu  Pegawai  Perkhidmatan  Pendidikan  (PBPPP)  setiap  tahun.    Aktiviti  PPB  boleh

               dilaksanakan atas inisiatif kendiri, institusi dan Kementerian. Inisiatif berasaskan kendiri akan
               dititikberatkan dan diutamakan menjelang Gelombang 3 pelaksanaan Pelan Pembangunan

               Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

               Kepentingan  Pembangunan Profesionalisme Berterusan

               Pelan  Pembangunan  Profesionalisme  Berterusan  KPM  (2014)  menggariskan  beberapa
               kepentingan  PPB diantaranya iaitu i) Meningkatkan i) Membangunkan kompetensi, potensi,
               bakat dan kualiti diri setaraf guru di negara berpencapaian tinggi dalam bidang pendidikan; ii)

               Meningkatkan kapasiti pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat supaya dapat
               memberikan sumbangan secara berterusan dan berkesan dan iii) Memenuhi kepuasan kendiri
               melalui peningkatan imej profesional dan kemajuan kerjaya.

                       Menurut Nurkolis & Yovita (2019), PPB  dapat mempersiapkan pendidik  guru  dengan
               mengikuti perkembangan terkini secara berterusan.  Dalam keperluan sekarang, PPB dapat

               membantu pendidik guru dengan kemahiran dan kecekapan digital yang semakin meningkat
               untuk menguruskan persekitaran pengetahuan yang saling berkaitan untuk mempersiapkan
               guru masa depan dengan baik untuk Abad ke-21, dunia di mana satu-satunya pemalar yang

               mereka tahu adalah perubahan.

               Program Pembangunan Profesionalsime Berterusan untuk Pensyarah IPG.

               Berdasarkan  Kerangka  Prestasi  Institut  Pendidikan  Guru  (2012),  perkembangan
               profesionalisme  pensyarah  IPG  perlu  dibangunkan  berdasarkan  dimensi    Pengajaran  dan
               Pembelajaran,  Penyelidikan  dan  Pembangunan,  Teknologi  Maklumat  dan  Komunikasi,

               Perkhidmatan dan Penglibatan serta yang paling utama ialah Kualiti Peribadi. Perancangan
               aktiviti untuk PPB pensyarah IPG sepatutnya mengambilkira keterlibatan pensyarah mengikut

               domain ini. Inisiatif dalam Transformasi IPGM (2016-2025) juga ada memberi fokus kepada
               Pemantapan  PPB  Keguruan  secara  berterusan.  Matlamat  transformasi  ini  bertujuan




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                370
   383   384   385   386   387   388   389   390   391   392   393