Page 389 - e Prosiding Serai 2021
P. 389

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               meningkatkan standard pendidikan di Malaysia melalui latihan dan pembangunan pendidikan
               guru yang sudah tentunya memerlukan pensyarah yang kompeten dalam pelbagai bidang.


               Model  Profesionalisme Pembangunan Berterusan
               Model  PPB  yang  digunakan  berdasarkan  model  keperluan  latihan    seperti  yang  terdapat

               dalam SPLKPM adalah seperti berikut :

                                                               Think



                                                                Lead

                                          Model PPB
                                                                 Act



                                                              Network



                               Rajah 1 : Model  Profesionalisme Pembangunan Berterusan


               Model  Pembangunan  Profesionalisme  Berterusan  (PPB)  yang  digunakan  untuk  menilai
               kompetensi pensyarah IPG mempunyai empat domain iaitu Think, Lead, Act dan Network.
               Domain Think merangkumi elemen berkaitan dengan Penjajaran Dasar Pendidikan Negara,

               Memacu  Inovasi  dan  Kreativiti  serta  Pemikiran  Konseptual.  Domain  Lead  terdiri  daripada
               Penyesuaian Perubahan dan Coaching & Mentoring. Domain Act pula memberi fokus kepada

               Memacu  Kecemerlangan,  Kematangan  Emosi  dan  Keyakinan  Diri.  Domain  Network  pula
               terdiri daripada Kesedaran Organisasi dan Memanfaatkan Hubungan.



               PENYATAAN MASALAH

               Dalam  Pelan  Transformasi  IPGM(2016-2025),  kecemerlangan  dalam  perkhidmatan

               pembelajaran sepanjang hayat  merupakan salah satu hala tuju yang diberi penekanan yang
               serius.  Institut  Pendidikan  Guru  (IPG)  memainkan  peranan  penting  untuk  menjayakan
               wawasan    pendidikan  negara  melalui  latihan  perguruan  yang  berkualiti.  Hasrat  ini  dapat

               dicapai  melalui  tiga  fokus  utama  iaitu  pembangunan  kompetensi  pensyarah,  penyediaan
               program latihan dan konsultasi yang mantap dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan.

               Bagi  memastikan  kompetensi  pensyarah  dapat  ditingkatkan,    Keperluan  Latihan  untuk
               Pembangunan Profesionalisme Berterusan dinilai setiap tahun berdasarkan domain Think,
               Lead, Act dan Resources.  Program-program Latihan Pembangunan Profesionalisme tetap

               dijalankan biarpun Pandemik Covid19 sedang berlaku. Namun begitu, program-program ini

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                371
   384   385   386   387   388   389   390   391   392   393   394