Page 390 - e Prosiding Serai 2021
P. 390

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               perlu  disesuaikan  dengan  normal  baharu  dan  kadangkala  apa  yang  dirancang  terpaksa
               diubahsuai berdasarkan situasi semasa.

                       Berdasarkan  analisis  Keperluan  Latihan  setiap  tahun,  min  skor  pensyarah  adalah
               tinggi bagi setiap IPG, tetapi dalam era pandemik, pensyarah masih perlukan latihan bagi
               menyesuaikan tugas dan tanggungjawab dengan normal baharu.  Dalam situasi  Kemeruapan

               (Volatility),  Ketidakpastian  (Uncertainty),  Kerumitan  (Complexity)  dan  Kekaburan  (VUCA)
               ketika  era  pandemik  Covid19  ini,  keperluan  latihan  kepada  pensyarah  perlu  diteliti  dan

               diperincikan  kerana  pensyarah  yang  sedia  ada  terdiri  daripada  pelbagai  latar  belakang
               pengetahuan,  kemahiran  dan  pengalaman  dalam  pelbagai  bidang.    Oleh  kerana  ketika
               pandemik banyak keperluan di luar jangka diperlukan sedangkan kajian keperluan pensyarah

               khusus dalam era Pandemik Covid-19 masih kurang, kajian mengenai keperluan latihan untuk
               pensyarah IPG wajar dilakukan.


               OBJEKTIF

                   1.  Mengenalpasti tahap kemahiran profesionalisme pensyarah  daripada Domain  Think,

                       Act, Lead dan Network
                   2.  Mengenalpasti  latihan yang diperlukan oleh pensyarah untuk meningkatkan tahap
                       profesionalisme ketika era Pandemik Covid-19

                   3.  Meneroka  kekuatan,  kelemahan,  halangan  dan  peluang  dalam  Pembangunan
                       Profesionalisme Berterusan berdasarkan refleksi  kendiri pensyarah.




               METODOLOGI


               Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian secara campuran yang menggunakan rekabentuk
               embedded iaitu kajian kuantitatif dan kajian kualitatif dijalankan serentak. Kajian kuantitatif
               dibuat untuk mengenalpasti tahap kompetensi pensyarah berdasarkan domain Think, Lead,

               Act  dan  Network.  Kajian  tinjauan  untuk  mengenalpasti  tahap  kemahiran  profesional
               pensyarah  dibuat  ke  atas  seluruh  populasi  yang  berjumlah  103  orang.  Keperluan  latihan

               individu pensyarah dikenalpasti berdasarkan skor min di bawah 3.0. Temu bual dijalankan ke
               atas  enam orang individu bagi mendapatkan refleksi kendiri mereka yang berada di Sangat
               Mahir, Mahir dan Tidak Mahir. Kajian tinjauan untuk menjawab soalan kajian 1 dan soalan

               kajian 2 menggunakan instrumen soal selidik Kajian Keperluan Latihan (KKL) yang dijawab
               secara online menerusi portal SPLKPM   https://splkpm.moe.gov.my/      manakala instrumen

               untuk  kajian  kualitatif  menggunakan  protokol  temu  bual  separa  berstruktur  yang
               menggunakan Google Form. Data kajian kuantitatif dianalisis secara deskriptif manakala data
               kualitatif  dianalsis  menggunakan  pendekatan  bertema  menggunakan  analisis  SWOT  .


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                372
   385   386   387   388   389   390   391   392   393   394   395