Page 455 - e Prosiding Serai 2021
P. 455

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                    2 0          1   8
                  = [    ] ,    = [    ]
                    5 1          3 −1
                      2 0 1      8    2(1) + 5(8)
                    = [    ] [     ]=[               ]
                      5 1 3 −1
               Ini adalah terbalik daripada konsep pendaraban dua matriks, dimana pelajar sepatutnya perlu

               memilih baris(row) pertama dalam matriks A dan lajur(column) pertama dalam matriks B.


               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. Data
               yang  diperoleh  akan  dianalisis  secara  deskriptif menggunakan  peratusan.  Kajian  tindakan

               dalam  pendidikan  merupakan  satu  sistem  inkuiri  yang  boleh  digunakan  oleh  guru  untuk
               merubah dan menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sekolah dan
               komuniti.  Kajian  tindakan  berfokus  kepada  sampel  yang  spesifik,  maka  generalisasi  tidak

               dapat dibuat.
                      Kajian ini akan melibatkan seramai 10 pelajar SES, KMM yang dikenalpasti lemah

               dalam subjek Matriks. Pemilihan ini adalah berdasarkan hasil kerja tutorial ujian Pra yang
               telah dijalankan pendaraban dua matriks yang dilakukan oleh pelajar selepas mempelajarinya
               di kelas tutorial dan ujian Pra yang telah dijalankan.


               Pelaksanaan Kaedah ‘CRAC’
               Intervensi  yang  digunakan  untuk  mempelajarai  pendaraban  dua  matrik  ini  adalah  teknik

               ‘CRAC’. Teknik ini dibentuk sesuai untuk pelajar yang lemah dan tidak boleh menggambarkan
               sistem  pendaraban  matrik  dengan  jelas.  ‘CRAC’  adalah  singkatan  bagi  “Copy  Row  and
               Column”. Teknik ini hanya memerlukan pelajar tahu menyalin baris (row) dan lajur (column)

               di  tempat  yang  betul  seterusnya  menjumlahkan  nilai  bagi  setiap  unsur  (element).  Teknik
               ‘CRAC’ didedahkan kepada pelajar dalam tempoh 15 minit, seterusnya ujian pos dijalankan

               bagi menguji keberkesanan teknik ‘CRAC’ dalam meningkatkan kemahiran pelajar.
                      Jika diberi soalan seperti berikut:
                                       1 7    3            5    −7 −1
               Diberi dua matriks    = [0 5   2] dan    = [ 6   −8 −2]
                                       3 0    1           −15   21    5
               Bagi mencari hasil darab AB, langkah kerja adalah seperti berikut:
                                                   1 7 3       5    −7 −1
                                                  = [0 5 2] [ 6     −8 −2]
                                                   3 0 1 −15        21    5
                  i.   Tentukan samada AB wujud atau tidak dengan cara merujuk kepada dimensi matriks

                       A dan B.
                            Jika bilangan lajur di dalam matriks A = bilangan baris matriks B, maka hasil
                              darab matriks AB wujud.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                437
   450   451   452   453   454   455   456   457   458   459   460