Page 64 - e Prosiding Serai 2021
P. 64

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               METODOLOGI KAJIAN

               Reka Bentuk


               Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dalam kajian ini di mana sampel yang besar dapat
               dikaji  dan  hasil  dapatan  kajian  digeneralisasikan  kepada  populasi  kajian.  Pemilihan  reka

               bentuk kajian ini adalah mengikut reka bentuk tinjauan yang digunakan untuk mengumpul
               maklumat  dan  data  bagi  menghubungkaitkan  antara  dua  pemboleh  ubah.  Pembolehubah

               bebas  adalah  pengetahuan  PAK-21  manakala  pembolehubah  bersandar  pula  adalah
               pengaplikasian  PAK-21.  Di  samping  itu,  data  kuantitatif  bagi  kajian  ini  dikumpul  dengan
               menggunakan soal selidik atas talian melalui platform google form.


               Persampelan


               Populasi yang terlibat dalam kajian ini merupakan siswa guru Pendidikan Islam Ambilan Jun
               2017  di  Institut  Pendidikan  Guru  Malaysia  (IPGM)  iaitu  seramai  198  orang.  Kajian  ini
               menggunakan sampel rawak mudah di mana setiap responden dalam populasi mempunyai

               peluang  yang  sama  untuk  dipilih  sebagai  sampel.  Sampel  yang  akan  dipilih  adalah
               berdasarkan jadual pengiraan Krejcie dan Morgan (1970) iaitu seramai 132 orang siswa guru
               Pendidikan Islam dari empat buah kampus IPG di Malaysia iaitu IPGK Dato’ Razali Ismail,

               IPGK Pendidikan Islam, IPGK Darul Aman dan IPGK Batu Lintang.

               Instrumen


               Satu soal selidik berskala likert lima digunakan untuk mendapatkan pandangan responden
               berkaitan tahap pengetahuan dan pengaplikasian PAK-21 dalam PdPC dalam kalangan siswa

               guru  Pendidikan  Islam  di  Malaysia.  Instrumen  ini  terbahagi  kepada  lima  bahagian  yang
               merangkumi demografi responden, pengetahuan PAK-21 dari aspek kreativiti, pemikiran kritis,
               kolaboratif, komunikasi dan pengaplikasian PAK-21 dalam PdPC. Borang soal selidik yang

               digunakan adalah daripada kajian yang dijalankan oleh Raja Abdullah, Daud Ismail (2018) dan
               Badrul Hisham, Mohd Nasruddin (2016).


               Kesahan dan Kebolehpercayaan

               Seramai  empat  orang  pakar  dipilih  untuk  membetulkan  kesalahan-kesalahan  dalam  soal

               selidik yang dibina berdasarkan bidang kepakaran. Setelah melepasi proses kesahan, soal
               selidik  disebarkan  kepada  sampel  kajian  melalui  kajian  rintis.Nilai  Alpha  Cronbach  untuk

               kesemua pemboleh ubah dalam kajian ini adalah sebanyak 0.97 yang telah melepasi tahap
               kebolehpercayaan  yang  tinggi  dan  instrumen  kajian  yang  dibina  sangat  efektif  untuk
               digunakan dalam penyelidikan yang sebenar.




                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      46
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69