Page 775 - e Prosiding Serai 2021
P. 775
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual di atas menjelaskan min yang tertinggi bagi tahap pengaplikasian ganjaran
sosial dalam kalangan guru-guru SKPH ialah item yang merujuk kepada saya sering
mengucapkan terima kasih kepada murid apabila mereka membantu saya (Min = 4.81, SP =
0.44). Dapatan bagi item saya sering mengucapkan terima kasih kepada murid apabila
mereka mematuhi arahan yang diberikan melaporkan skor min kedua paling tinggi (Min =
4.66, SP = 0.63). Pengamalan sikap berterima kasih kepada murid yang mematuhi arahan
yang diberikan dapat melahirkan murid yang berakhlak dan sentiasa menghormati guru.
PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa ganjaran sosial berperanan
membantu guru-guru menangani masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Dapatan
pengkaji dalam kajian ini juga selari dengan dapatan kajian Zalina Katmana, Mohd Hanafi
Yasin, Mohd Mokhtar Tahar (2016) yang mendapati bahawa ganjaran seperti pujian
merupakan salah satu teknik yang mampu memberikan kesan dan memberi motivasi kepada
murid sekiranya dilaksanakan sesuai dengan masalah yang hendak diselesaikan.
Selain itu, hasil kajian ini juga mendapati guru-guru SKPH mempunyai pengetahuan
yang baik dalam mengenalpasti tingkah laku yang dikategorikan sebagai negatif (Min = 4.69,
SP = 0.41). Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian Atkinson (1990) yang menyatakan
tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-
norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pengetahuan yang ada pada guru dapat memastikan
ganjaran sosial yang diberikan adalah sesuai dengan tingkah laku yang ditunjukkan.
Seterusnya, dapatan juga menunjukkan bahawa persepsi guru-guru SKPH terhadap
pengaplikasian ganjaran sosial adalah sangat baik (Min = 4.67, SP = 0.47). Dapatan kajian ini
juga menyokong kajian Rahayu Rahim, Hanafi Yasin & Mokhtar Tahar (2016) yang mendapati
cara peneguhan yang diberikan akan memberi kesan terhadap tingkah laku seterusnya. Hal
ini menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah tersebut bersetuju bahawa pengaplikasian
ganjaran sosial merupakan intervensi yang berjaya bagi mengatasi tingkah laku negatif murid.
Kaedah ganjaran sosial yang diaplikasikan menunjukkan keberkesanan dalam
modifikasi tingkah laku negatif murid (Min = 4.47, SP = 0.46 ). Dapatan ini bertepatan dengan
kajian Nur Misdaramayani (2017) yang menyatakan bahawa ganjaran dalam proses
pembelajaran dapat mendidik dan memberikan rangsangan agar murid termotivasi untuk
berbuat kebaikan. Justeru, guru-guru perlulah sentiasa mengaplikasikan ganjaran sosial
sebagai satu peneguhan positif untuk memperbaiki kelemahan tingkah laku murid.
Hasil dapatan keseluruhan item menunjukkan bahawa semua guru di SKPH sentiasa
mengaplikasikan ganjaran sosial semasa PdP demi membentuk tingkah laku positif murid.
Menurut Fadli Mustafa, Hanafi Yasin, Mokhtar Tahar (2016), penggunaan peneguhan positif
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 757

