Page 821 - e Prosiding Serai 2021
P. 821
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN AUGMENTED REALITY: SENI DALAM
PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF TEORI BEBAN KOGNITIF.
Nur Juliana Abdul Majid¹. Ph.D, Anisah Harun², Hasnul Hadi Tengah³,
Marini Mohamed Salihin⁴
IPGK Dato Razali Ismail , Terengganu
juliana@ipgm.edu.my, anisah@ipgm.edu.my, hasnulhadi@ipgm.edu.my,
marini@ipgm.edu.my,
ABSTRAK
Seni Dalam Pendidikan adalah subjek yang menggabungkan tiga mata pelajaran
iaitu Pendidikan Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Kajian gabungan ini
dilaksanakan bagi mempertingkatkan kreativiti dan motivasi dalam mata pelajaran
Sejarah yang mengaplikasikan mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dari
perspektif Teori Beban Kognitif. Pendekatan pembelajaran berasaskan Augmented
Reality dan diperkembangkan berdasarkan prinsip contiguity diaplikasikan dalam
kajian ini. Responden terdiri dari dua orang murid sekolah rendah yang dipilih secara
persampelan rawak. Data dianalisis secara statistik deskriptif, pemerhatian,
temubual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang
belajar dengan pendekatan ini didapati memperoleh hasil kreativiti yang tinggi dan
dapat meningkatkan motivasi dalam kalangan murid terhadap pembelajaran yang
berasaskan Augmented Reality. Pengaplikasian berdasarkan prinsip contiguity
dapat membantu murid meningkatkan pengekalan (retention) pengetahuan dan
penglibatan murid secara aktif semasa aktiviti dijalankan. Kajian ini juga berjaya
membangunkan satu Model AR MotKre. Dapatan kajian juga menunjukkan dengan
pendekatan yang berasaskan teknologi Augmented Reality dapat meningkatkan
keyakinan, fokus, sifat positif, minat yang mendalam dan seronok pada
matapelajaran sejarah. Model yang dibangunkan ini memberi penekanan bahawa
pendekatan berasaskan Augemented Reality mampu meningkatkan motivasi dan
kreativiti dalam kalangan murid sekolah rendah.
Kata Kunci: Augmented Reality, Seni dalam Pendidikan, prinsip contiguity,
TeoriBeban Kognitif
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 803

