Page 823 - e Prosiding Serai 2021
P. 823
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kajian ini adalah memfokuskan terhadap peningkatan kreativiti dan motivasi dalam
matapelajaran Sejarah yang mengaplikasikan matapelajaran Seni Dalam Pendidikan dari
perspektif Teori Beban Kognitif dengan pendekatan pembelajaran berasaskan Augmented
Reality.
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pendekatan Augmented Reality dengan
mengaplikasikan mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dalam mata pelajaran sejarah dari
perspektif Teori Beban Kognitif
SOROTAN LITERATUR
Teknologi Augmented Reality
Khan, Johnston & Ophoff (2019) menyatakan bahawa penyelidikan mengenai aplikasi AR
dalam pendidikan masih di tahap awal, dan masih wujud kekurangan penelitian mengenai
kesan dan implikasi AR dalam bidang pendidikan. AR berfungsi melalui peranti yang
memfilemkan dunia nyata dan membalikkan objek virtual dalam dunia sebenar, animasi, teks,
data atau suara yang dipaparkan pada skrin komputer, telefon pintar, tablet, alat dengar atau
sistem paparan lain di skrin (Elmqaddem,2019). Sejak augmented reality (AR) semakin
banyak diterapkan dalam pendidikan baru-baru ini, penyiasatan pengalaman pembelajaran
pelajar dengan AR dapat membantu pendidik untuk melaksanakan pembelajaran AR
(Cheng,2017) . Oleh itu, pengaplikasian teknologi Augmented Reality dalam bidang
pendidikan perlu diperluaskan selari dengan era masa kini yang menjurus terhadap
perkembangan pendidikan abad ke 21 yang mementingkan pendidikan berteraskan
kemahiran teknologi.
Prinsip contiguity
Mayer (2009) menyatakan bahawa prinsip contiguity merujuk kepada kedekatan susunan teks
dan imej di skrin di mana ia diletakkan berdekatan antara satu sama lain di tempat atau masa
yang sama. Pembangunan media e-pembalajaran dengan menerapkan prinsip conguity ini
dapat mempercepatkan murid menerima bahan pembelajaran dengan pantas dan mudah.
Murid tidak perlu menggunakan memori (kognitif) apabila teks dan gambar diletakkan
berdekatan dan tidak memerlukan banyak memori untuk mencari maklumat secara visual.
Murid akan lebih mudah menyimpan maklumat secara serentak.
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa prinsip contiguity menekankan pada kedekatan
teks dan gambar sama ada kedekatan ruang atau jarak.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 805

