Page 862 - e Prosiding Serai 2021
P. 862

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                   PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM AMALAN PEDAGOGI SISWA
                                    PENDIDIK IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


                 Mohamad Sarihi M.D, Mohd Hasif Aiman S, Muhammad Zaim Hakim L, Dr Fouziah M
                                               dan Nur Afiqah Hazirah D.

                                   Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                                       mohamad17-1133@epembelajaran.edu.my


                                                       ABSTRAK


               Program  i-THINK  yang  dilaksanakan  mulai  tahun  2013,  bertujuan  mempertingkatkan  dan
               membudayakan  kemahiran  berfikir  dalam  kalangan  murid  ke  arah  menghasilkan  murid

               berinovatif.  Kajian  bertujuan  meninjau  tahap  penggunaan  peta  pemikiran  i-THINK  dalam
               amalan pedagogi dalam kalangan Siswa Pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’

               Razali  Ismail  (IPGKDRI),  Kuala  Nerus,  Terengganu.  Kajian  tinjauan  ini  menggunakan
               instrumen  soal  selidik  Skala  Likert  lima  mata  yang  berfokus  kepada  2  aspek  iaitu  tahap
               pengetahuan dan keberkesanan penggunaan.  Responden kajian adalah seramai 112 orang

               Siswa  Pendidik  Semester  8  daripada  pelbagai  bidang  pengkhususan  dan  telah  menjalani
               latihan  mengajar.  Data  yang  diperolehi  kemudiannya  diproses  menggunakan  perisian

               komputer  Statistical  Package  for  Social  Science  (SPSS)  versi  26  untuk  mendapatkan
               kekerapan,  peratusan,  min  dan  sisihan  piawai  bagi  menjawab  persoalan  kajian.  Dapatan
               kajian mendapati bahawa tahap penggunaan peta pemikiran i-THINK Siswa Pendidik secara

               keseluruhan adalah tinggi. Malah, dapatan juga menunjukkan skor min bagi kedua-dua aspek
               yang dikaji berada pada tahap tinggi iaitu aspek pengetahuan (min = 4.57, SP = 0.37) dan
               aspek  keberkesanan  penggunaan  (min  =  4.47,  SP  =  0.50).  Kesimpulannya,  penyelidik

               menyimpulkan bahawa tahap penggunaan peta pemikiran i-THINK adalah pada tahap yang
               tinggi di mana penyelidik juga dapat membuat kesimpulan bahawa kesemua responden yang
               di  soal  selidik  mempunyai  pengetahuan  dalam  penggunaan  peta  pemikiran  i-THINK  di

               samping mengakui keberkesanannya dalam amalan pedagogi Siswa Pendidik terhadap diri
               dan murid yang diajar.


               Kata kunci: Amalan pedagogi, penggunaan, pengetahuan, keberkesanan penggunaan
















               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                844
   857   858   859   860   861   862   863   864   865   866   867