Page 866 - e Prosiding Serai 2021
P. 866

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               METODOLOGI KAJIAN


               Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen
               kajian. Teknik persampelan ialah persampelan rawak mudah. Soal selidik diagihkan kepada

               populasi kajian yang terdiri daripada 116 orang Siswa Pendidik Semester 8 dari IPGKDRI
               melibatkan bidang pengkhususan Sains, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua
               (TESL), Pendidikan Agama Islam (PAI) dan Pengajian Melayu sebagai bidang pengkhususan

               dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).


                       Instrumen soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian serta mempunyai 57 item
               soalan menggunakan Skala Likert 5 mata. Bahagian tersebut iaitu Bahagian A (Demografi
               Responden),  Bahagian  B  (Aspek  Pengetahuan)  dan  Bahagian  C  (Aspek  Keberkesanan

               Penggunaan).


                       Kajian rintis telah dijalankan ke atas Siswa Pendidik Semester 8 dimana seramai 36
               orang responden diperolehi mewakili Siswa Pendidik dari Institut Pendidikan Guru Kampus
               Pulau Pinang (IPGKPP) di negeri Pulau Pinang. Nilai pekali Alpha Cronbach menunjukkan

               instrumen kajian mempunyai indeks kebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima pakai
               untuk kajian sebenar. Data yang diperolehi daripada soal selidik seterusnya dianalisis secara

               kuantitatif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.

               DAPATAN KAJIAN

               Jadual 4.1 Profil responden

                     Demografi               Faktor               Bilangan               Peratus
                                              Lelaki                  42                   37.5

                       Jantina             Perempuan                  70                   62.5
                                             Jumlah                  112                  100.0
                                              Sains                  39                  34.8

                                        Pengajian Melayu             15                  13.4
                        Bidang
                                               TESL                  39                  34.8
                    pengkhususan
                                               PAI                   19                  17.0
                                             Jumlah                 112                  100.0

                                            Pendidikan
                                                                     27                  24.1
                                             Jasmani
                  Bidang elektif teras
                                            Pendidikan
                                                                     15                  13.4
                                            Kesihatan
                                          Language Art               39                  34.8






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                848
   861   862   863   864   865   866   867   868   869   870   871