Page 863 - e Prosiding Serai 2021
P. 863

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Kurikulum  pada  hari  ini  telah  diubahsuai  secara  terancang  berdasarkan  perkembangan

               semasa  kurikulum  yang  memerlukan  perubahan  kaedah  pendidikan  terkini  dan  sesuai.
               Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menambah kemahiran yang wajib dikuasai

               oleh murid di sekolah menjadi 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Pelan
               Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pula menekankan enam ciri utama
               yang  perlu  ada  pada  setiap  murid  bagi  memantapkan  sistem  pendidikan  antaranya

               meningkatkan  kemahiran  berfikir.  Penguasaan  kemahiran  berfikir  menjadi  suatu  elemen
               penting dalam merealisasikan falsafah pendidikan negara.

                       Bermula  pada  tahun  2013,  Malaysia  mula  melaksanakan  program  i-THINK  yang

               bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid
               ke  arah  menghasilkan  murid  berinovatif.  Abjad  ‘i’  membawa  maksud  inovatif  manakala

               ‘THINK’ bermaksud pemikiran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Terdapat lapan peta
               pemikiran berbentuk visual yang dipelopori oleh Hyerle (2004). Peta pemikiran merupakan
               lapan asas kemahiran berfikir yang ditakrifkan menjadi peta dan diperkenalkan dalam bentuk

               visual sebagai alat berfikir (Hyerle, 2004). Penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam bentuk
               visual dapat menggalakkan peningkatan peratusan daya ingatan murid dalam pembelajaran.


                       Justeru, para pendidik khususnya Siswa Pendidik pada masa akan datang seharusnya
               memainkan peranan penting dalam melaksanakan dan memahirkan diri khususnya dalam
               penggunaan  peta  pemikiran  i-THINK  disamping  membudayakan  kemahiran  berfikir  dalam

               kalangan murid. Bermula pada tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
               menerapkan  elemen  Kemahiran  Berfikir  Aras  Tinggi  (KBAT)  dalam  kurikulum,  termasuk
               meningkatkan peratus soalan yang berunsurkan KBAT dalam UPSR dan SPM kepada 20%

               berbanding  10%  pada tahun  2013.  Semua guru  akan terus  dilatih  untuk mengaplikasikan
               KBAT serta menggunakan peta pemikiran i-THINK dalam Pengajaran dan Pemudah Cara

               (PdPC).



               SOROTAN LITERATUR

               Daripada  tinjauan  literasi  yang  dikaji  serta  difahami,  setiap  guru  perlu  mengemaskini
               pengetahuan mengikut kehendak perubahan dunia pendidikan semasa dan perlu mempunyai

               pengetahuan  luas  terhadap  subjek  yang  diajar  (Khairuddin,  2008).  Salah  satu  unsur  atau
               indikator tersebut ialah meningkatkan kemahiran berfikir. Jadi, setiap murid perlu mempunyai
               semangat  ingin  tahu  dan  belajar  cara  untuk  mendapatkan  pengetahuan  sepanjang  hayat

               (KPM, 2013).  Dalam kajian Abi El- Mona (2008) pula mendapati peta pemikiran adalah alat





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                845
   858   859   860   861   862   863   864   865   866   867   868