Page 864 - e Prosiding Serai 2021
P. 864

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               yang  berguna  untuk  membantu  pelajar  dengan  lebih  mudah  dalam  proses  membina
               kefahaman konsep dan kandungan serta menggalakan pencapaian.


                       Selaras  dengan  hasil  dapatan  kajian  Savich  (2009)  membuktikan  peningkatan
               kemahiran  berfikir  secara  kritikal  dengan  memberi  tumpuan  kepada  “pemikiran  kritis  dan

               kreatif” dilaksanakan dengan berkesan oleh guru-guru dengan memaksimumkan penglibatan
               pelajar dalam kelas melalui peta pemikiran i-THINK. Kajian ini menilai tahap penggunaan peta
               pemikiran  i-THINK  Siswa  Pendidik  terhadap  amalan  pedagogi  melalui  dua  aspek  iaitu

               pengetahuan serta keberkesanan penggunaan. Kedua-dua aspek ini merujuk kepada situasi
               atau pengalaman Siswa-siswa Pendidik Insitut Pendidikan Guru (IPG) yang telah menjalani

               latihan mengajar sewaktu praktikum fasa satu dan fasa dua di sekolah.

               Teori Taksonomi Anderson


               Pada tahun 1994, Lorin Anderson telah menambah baik teori Taksonomi Bloom agar sesuai
               dengan  kemajuan  zaman.  Taksonomi  Bloom  mempunyai  enam  peringkat  atau  aras  iaitu
               pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi Bloom ini telah

               disemak semula  dan  ditambah  baik  oleh  Anderson,  et  al.   (2001)  dengan  menukar  tahap
               kelima dan keenam yang terdapat dalam Taksonomi Bloom sebelum ini kepada penilaian dan
               mencipta.  Teori  Anderson  membantu  Siswa  Pendidik  terutamanya  dari  segi  kemahiran

               pengaplikasian,  mengintegrasi,  menaakul  dan  menilai  input  dan  pengajaran  yang  mereka
               sampaikan.


                     Teori  ini  juga  berupaya  memantapkan  lagi  domain  kognitif  Siswa  Pendidik  terutama
               dalam  pengguna  peta  pemikiran  i-THINK  supaya  segala  isi  PdPC  dapat  disampaikan
               seoptimum  mungkin.    Siswa  Pendidik  perlu  melibatkan  diri  dengan  program-program

               berkaitan i-THINK serta mempelbagaikan kaedah pengajaran menggunakan peta pemikiran
               i-THINK.  Sekiranya  peta  pemikiran  i-THINK  sering  digunakan  secara  tidak  langsung  akan
               membantu  membudayakan  kemahiran  berfikir  dalam  kalangan  murid  (Khalidah,  Saodah,

               Haslina  &  Aminah,  2015).  Penggunaan  peta  pemikiran  i-THINK  memberi  impak  berguna
               kepada  murid  dalam  kemahiran  berfikir  terutamanya  berkaitan  teknik  belajar  dan  daya

               mengingat berbeza dengan teknik tradisional sebelum ini.

               Model Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
               Model Kemahiran   Berfikir   Aras   Tinggi (KBAT) adalah   kemahiran   yang memerlukan

               pengorganisasian  pemikiran  berdasarkan  keupayaan  untuk  menghurai,  menterjemah,
               mencipta, merefleksi dan menghubungkaitkan sesuatu dengan situasi semasa.  Penekanan
               KBAT ini dalam sistem pendidikan   negara   adalah   lanjutan   daripada   pelaksanaan

               kemahiran berfikir   secara   kritis   dan   kreatif (KBKK) yang telah   dilaksanakan semenjak





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                846
   859   860   861   862   863   864   865   866   867   868   869