Page 865 - e Prosiding Serai 2021
P. 865

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               1993.    Proses    pelaksanaan    KBAT    di    Malaysia    adalah bersumberkan Taksonomi
               Bloom  dan  diubahsuai  oleh  Lorin  Anderson  menerusi  empat  heirarki  teratas  iaitu

               mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta (Khairiah, 2013; KPM, 2014).

                    Berdasarkan  kajian  yang  dilaksanakan,  guru  yang  melaksanakan  pengajaran  yang

               mengandungi pedagogi berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berupaya untuk
               meningkatkan kefahaman dan perubahan di dalam amalan perlakuan pelajarnya (Siti Marlina,
               2013;  KPM,  2014).  Kajian  ini  bersesuaian  dengan  penerapan  KBAT  kerana  tahap

               penggunaan  peta  pemikiran  i-THINK  adalah  kesinambungan  ke  arah  pengintegrasian
               kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis Siswa Pendidik mahupun murid yang diajar.



               2.2 Kerangka Konseptual Kajian

























                                         Rajah 2.2: Kerangka Konseptual Kajian


                       Kerangka konseptual dalam kajian ini menunjukkan secara keseluruhan berkenaan
               input, proses dan output. Tahap penggunaan peta pemikiran i-THINK Siswa Pendidik dilihat

               melalui aspek pengetahuan serta keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-THINK. Aspek
               pengetahuan  peta  pemikiran  i-THINK  Siswa  Pendidik  dilihat  melalui  Teori  Konstruktivis,

               Taksonomi Anderson, KBAT, dan Pembelajaran Abad ke-21. Aspek ini menjelaskan tentang
               pengetahuan  berkaitan  peta  pemikiran  i-THINK  oleh  Siswa  Pendidik.  Akhir  sekali  adalah
               aspek keberkesanan penggunaan yang dapat dilihat melalui pencapaian murid, peningkatan

               kolaboratif, pembelajaran sistematik, perkembangan minda murid dan pengajaran konseptual.











               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                847
   860   861   862   863   864   865   866   867   868   869   870