Page 879 - e Prosiding Serai 2021
P. 879
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
TAHAP KESEDIAAN PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING) DALAM
KALANGAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
Nur Aliya S, Nur Farrah Anis F, Nur Afiqah Hazirah D, Dr Fouziah M dan
Muhammad Nur Fitri M.
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
aliya17-1124@epembelajaran.edu.my
ABSTRAK
Dalam dunia pendidikan konsep pembelajaran teradun ini merupakan pola atau teknik belajar.
Melalui pembelajaran teradun, maklum balas pembelajaran adalah lebih mudah, cepat dan
fleksibel berbanding kaedah tradisional dan konvensional. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji
tahap pembelajaran teradun (blended learning) dalam kalangan siswa guru IPG KDRI dan
memberi tumpuan kepada 2 aspek iaitu tahap kesediaan dan tahap pengetahuan
pembelajaran teradun (blended learning). Seramai 134 orang siswa guru Semester Empat di
IPG KDRI dijadikan responden kajian. Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian tinjauan
berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai.
Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik skala likert yang dianalisis
dengan menggunakan Statistical Packages for Social Science Version 26.0 (SSPS Version
26.0). Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengamalan Pembelajaran Teradun (Blended
Learning) siswa guru IPG KDRI adalah tinggi. Hal ini kerana skor min setiap aspek yang dikaji
adalah tinggi iaitu tahap kesediaan (min = 4.54, sisihan piawai = 0.44) dan tahap pengetahuan
(min = 4.38, sisihan piawai = 0.48). Kesimpulannya, kajian ini mendapati guru pelatih
mempunyai tahap kesediaan dan pengetahuan yang tinggi dalam Pembelajaran Teradun
(PT). Kajian ini juga untuk memberi kesedaran kepada bakal guru dalam meningkatkan
pemahaman mereka terhadap Dasar TMK yang telah dibawa oleh IPG bagi
mengimplementasikan e-Pembelajaran sebagaimana Pembelajaran Teradun.
Kata kunci: Kesediaan, pengetahuan, Pembelajaran Teradun (PT), Blended Learning (BL)
PENGENALAN
Sistem pendidikan yang mengalami pembaharuan memberi kesan positif kepada
keberhasilan pelajar dalam menghadapi cabaran globalisasi abad ke 21 ini. Kolaborasi jitu
dari semua pihak amat diharapkan agar dapat memberi impak positif tersebut. Interaksi semua
pihak perlu seimbang dan adil peranannya dalam membentuk gabungan efektif dalam
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 861

