Page 877 - e Prosiding Serai 2021
P. 877

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               merupakan salah satu cara untuk menilai kesediaan guru dalam melaksanakan PBD. Dapatan
               kajian menunjukkan tahap kesediaan guru-guru sekolah rendah dalam melaksanakan PBD

               iaitu dalam aspek pengetahuan, dan kemahiran berada pada tahap yang tinggi berdasarkan
               nilai min yang diperoleh iaitu 4.57, dan 4.38. Hal ini bermakna, guru-guru sekolah rendah
               dalam Daerah Kuala Nerus bersedia melaksanakan PBD di sekolah.



               SYOR CADANGAN KAJIAN


               Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
               Pihak KPM perlu menyediakan peluang kepada semua guru untuk menghadiri kursus dan
               latihan berkaitan dengan PBD. Walaupun kesediaan guru dalam melaksanakan PBD adalah

               pada  tahap  tinggi,  namun  begitu,  ia  masih  perlu  dipertingkatkan  supaya  keberkesanan
               pelaksanaan  PBD  dapat  dicapai.  Perlu  ditekankan  di  sini  bahawa  latihan  dan  kursus

               hendaklah diberikan kepada setiap guru dan bukannya memilih guru tertentu untuk menjalani
               kursus pentaksiran. Namun begitu, kursus dan latihan ini perlu dilaksanakan secara dalam
               tempoh yang minimun dan di luar waktu mengajar bagi mengelakkan gangguan guru dalam

               mengajar dan mentaksir murid.


               Pihak  Jabatan  Pendidikan  Negeri  (JPN),  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD)  dan

               pentadbir sekolah
               Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir

               sekolah  seharusnya  memantau  proses  pentaksiran  sepanjang  ia  berlaku  dan  bukan
               memantau  guru-guru  dari  segi  lisan  dan  bertulis.  Hal  ini  adalah  kerana  laporan  bertulis
               mungkin  boleh  direka  dan  tidak  menunjukkan  keadaan  yang  sebenar.  Maka,  sebaiknya

               pemantauan perlu dilihat sendiri oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi menilai sejauh
               mana pelaksanaannya. Dengan itu, penambahbaikan boleh segera dibuat bagi mengatasi
               segala permasalahan yang ditanggung oleh guru.


               Guru
               Guru-guru  perlu  sentiasa  memperbaiki  kualiti  diri  khususnya  dari  aspek  pengetahuan,

               kemahiran dan pengalaman dalam PBD. Hal ini dapat dilakukan dengan guru-guru sentiasa
               menyokong dan menyertai kursus PBD yang dianjurkan oleh pihak KPM dan pihak sekolah.

               Selain itu, guru-guru perlu sentiasa berfikir secara terbuka dengan perubahan yang seringkali
               berlaku dalam dunia pendidikan. Berfikir secara terbuka dapat memudahkan seseorang guru
               menerima  sebarang  perubahan  yang  berlaku  dalam  dunia  pendidikan  sama  ada  secara

               jangka masa panjang atau jangka masa pendek





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                859
   872   873   874   875   876   877   878   879   880   881   882