Page 880 - e Prosiding Serai 2021
P. 880

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               menjayakan sesuatu sistem atau perubahan (Wang, Han, & Yang, 2015).  Menurut Kong et
               al.,  (2014),  Perkembangan  teknologi  kini  yang  begitu  dinamik  dan  bersifat  futuristik

               seharusnya  menjadi  pemangkin  kepada  perubahan  dalam  sistem  pendidikan  di  Malaysia.
               Para  guru  perlu  menguasai  teknologi  dengan  lebih  pantas  melalui  talian  yang  dinamakan
               pembelajaran teradun dalam meniti arus kemodenan ini.

                       Menurut Nursyazwani, 2018 di dalam Sharma & Barrett, 2007, pembelajaran teradun
               berasal daripada latihan korporat yang dilaksanakan dalam dunia perniagaan. Pembelajaran

               teradun  telah  berkembang  dan  digunapakai  dalam  bidang  pendidikan.  Dalam  dunia
               pendidikan konsep pembelajaran teradun ini merupakan pola atau teknik belajar. Kementerian
               Pendidikan Malaysia di bawah jawatankuasa e-learning mendefinisikan pembelajaran teradun

               sebagai  kursus  yang  mempunyai  campuran  pendekatan  pembelajaran  mod  dalam  talian
               (online) dan mod pembelajaran bersemuka (onsite) dengan 30%-80% kandungan dan aktiviti

               kursus dikendalikan secara online sama ada menyokong atau menggantikan pembelajaran
               bersemuka, (Dr Norlela, et al., 2018).
                        Menurut Gunasekaran (2013), dengan menggunakan sidang video, teknik animasi

               yang  menarik  dan makmal  saintifik maya  menunjukkan  bahawa  kewujudan  teknologi jalur
               lebar  dapat  meningkatkan  pembelajaran  online  (Faizatul  Hafilah  &  Nor  Syahilia,  2017).
               Pembelajaran  teradun  secara  umumnya  dikenali  sebagai  pembelajaran  yang  berpusatkan

               pelajar dan disokong oleh penggunaan teknologi ICT dan multimedia. Melalui pembelajaran
               teradun, maklum  balas pembelajaran  adalah  lebih  mudah,  cepat  dan fleksibel  berbanding
               kaedah tradisonal dan konvensoinal. Maka, para pendidik khususnya guru pelatih pada masa

               akan datang seharusnya memainkan peranan penting dalam melaksanakan Pembelajaran
               Teradun  disamping  membudayakan  kemahiran  menggunakan  teknologi  dalam  kalangan

               murid.

               SOROTAN LITERATUR


                       Dalam pelaksanaan Pembelajaran Teradun, antara yang signifikan kepadanya ialah
               e-Pembelajaran.  Hal  ini  bagi  menyokong  pelaksanaan  kurikulum  program  di  IPG  KPM.
               Menurut dasa TMK IPG, e-Pembelajaran di IPG KPM merupakan suatu inisiatif menyediakan

               suasana  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  lebih  fleksibel  dengan  berpusatkan  kepada
               pelajar dan menggunakan aplikasi secara dalam talian. Inisiatif ini menyediakan sumber dan

               aktiviti  yang  memudahkan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  bagi  menghasilkan
               pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan suasana pembelajaran yang lebih
               menarik. Akses kepada e-Pembelajaran di IPG KPM boleh dilakukan pada bila-bila masa dan

               dari mana-mana jua.







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                862
   875   876   877   878   879   880   881   882   883   884   885