Page 874 - e Prosiding Serai 2021
P. 874

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               dalam melaksanakan PBD manakala pemboleh ubah tidak bersandar ialah pengetahuan, dan
               kemahiran.  Hal  ini  bermakna tahap kesediaan guru dalam  melaksanakan  PBD  di  sekolah

               rendah dipengaruhi oleh aspek pengetahuan dan kemahiran.





                           Pengetahuan                              Tahap Kesediaan Guru
                                                                     dalam Melaksanakan


                             Kemahiran                              Pentaksiran Bilik Darjah
                                                                             (PBD)



                     Rajah 2 : Hubungan antara pengetahuan, kemahiran, dan kesediaan guru dalam
                                                   melaksanakan PBD.


               METODOLOGI KAJIAN

               Reka  bentuk  kajian  ini  menggunakan  kajian  tinjauan  berbentuk  deskriptif.  Pemilihan  yang

               dicadangkan  adalah  berdasarkan  populasi  kajian  yang  terdiri  guru-guru  sekolah  rendah
               daripada  pelbagai  mata  pelajaran  dalam  Daerah  Kuala  Nerus.  Menurut  laman  web
               Kementerian Pendidikan Malaysia (2021), jumlah populasi guru-guru sekolah kebangsaan di

               Daerah  Kuala  Nerus  ialah  seramai  kira-kira  1214  orang  guru.  Saiz  sampel  kajian  yang
               ditetapkan  berdasarkan  jadual  penentuan  saiz  sampel  oleh  Krejcie  dan  Morgan  (1970)

               menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian. Oleh itu, seramai
               291  orang guru  dipilih  secara rawak  mudah  daripada  1214  orang guru di  sekolah rendah
               dalam Daerah Kuala Nerus.


                       Kajian  ini  menggunakan  borang  soal  selidik  sebagai  alat  pengumpulan  data.  Soal
               selidik ini adalah daripada penyelidikan yang terdahulu iaitu instrumen borang soal selidik
               kajian Siti Hauzimah Wan Omar (2019) yang diubah suai daripada kajian Tuan Azlyna (2013)

               dan Aniza (2014) yang mengkaji Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Borang soal selidik
               ini menggunakan skala lima Likert yang diedarkan melalui ‘Google Form’ di sekolah rendah

               dalam Daerah Kuala Nerus. Soal selidik dalam kajian sebenar dianalisis secara deskriptif, iaitu
               mencari nilai kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dengan menggunakan SPSS versi
               26.0. Soal selidik dianalisis secara deskriptif sahaja. Kajian sebenar ini telah dilaksanakan dari
               29 Januari 2021 hingga 20 Februari 2021.

                       Kajian rintis pula telah dijalankan ke atas 30 orang guru dari 10 buah sekolah rendah
               di negeri Kelantan bermula dari 17 Januari 2021 hingga 23 Januari 2021. Data diperoleh telah





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                856
   869   870   871   872   873   874   875   876   877   878   879