Page 881 - e Prosiding Serai 2021
P. 881

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                       Berdasarkan  statistik  yang  diperoleh  oleh  pengkaji,  pelaksanaan  e-pembelajaran
               dalam pembelajaran teradun berada pada tahap yang sederhana. Menurut Abdul Aziz Ishak

               et.al (2020) menyatakan bahawa faktor kesediaan dan motivasi pelajar Politeknik sebagai
               salah  satu  Institut  Pendidikan  Tinggi  di  Malaysia  masih  lagi  berada  pada  tahap  yang
               sederhana. Manakala, kajian di Kolej Vokasional menunjukkan bahawa kadar penggunaan e-

               pembelajaran adalah kurang memuaskan dan kurang nilai penggunaan. Kenyataan daripada
               Eliza  Annis  Thangaiah  et.al  (2020),  hasil  kajiannya  melalui  temubual  mendapati  tahap

               penggunaan  e-pembelajaran  di  Kolej  Vokasional  (KV)  adalah  kurang.  Pelajar  masih
               bergantung  kepada  pengajar  sahaja  dalam  menggunakan  e-pembelajaran  dan  keperluan
               kolaborasi antara pengajar dan pelajar perlu wujud supaya pembelajaran dua hala berlaku

               bagi meningkatkan proses pembelajaran dan pemudahcaraaan (PdPc).
                       Seterusnya didapati bahawa pelajar di Universiti Swasta kurang didedahkan dengan

               pembelajaran  teradun  menggunakan  aplikasi  dalam  talian.  Menurut  Syed  Lamsah  Syed
               Chear  (2017)  para  pelajar  didapati  kurang  didedahkan  dengan  m-pembelajaran  melalui
               aplikasi  Whatsapp  dan  Telegram  sebagai  pembelajaran  teradun.  Ini  jelas  terbukti  apabila

               kebanyakkan Institut Pengajian di Malaysia masih kerap menggunakan kaedah pembelajaran
               bersemuka daripada atas talian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.


               Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptant Model: TAM)
               Kaedah pembelajaran teradun (blended learning) sememangnya bertunjangkan penggunaan
               teknologi  (Azli,  Kung  Teck  Wong  &  Noraini,  2016).  Bagi  mengenal  pasti  pelaksanaan

               pembelajaran teradun (blended learning), pengkaji merujuk kepada model-model penerimaan
               yang telah konkrit oleh penulis terdahulu.

                       Secara umumnya, melalui kajian yang mendalam berkaitan persepsi, kepercayaan,
               sikap  individu  dan  pengaruh  luaran,  maklum  balas  yang  mendorong  tingkah  laku  individu
               untuk  menerima  dan  menggunakan  teknologi  dalam  menyempurnakan  sesuatu

               tanggungjawab akan menatijahkan pembentukan model penerimaan teknologi. Menurut Davis
               (1989), kunci penentu utama penerimaan utama sesuatu teknologi adalah dengan mengenal

               pasti sifat ‘mudah menggunakan’ dan ‘penggunaan berkesan’.

               Kerangka Konseptual
               Kerangka Konseptual kajian ini secara keseluruhan memberi tumpuan kepada tiga aspek iaitu

               tahap  kesediaan  dan  tahap  pengetahuan  pembelajaran  teradun  (blended  learning)  dalam
               kalangan guru pelatih.








               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                863
   876   877   878   879   880   881   882   883   884   885   886