Page 886 - e Prosiding Serai 2021
P. 886
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pelatih IPG KDRI sangat bersedia untuk melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan
dengan pembelajaran teradun di samping untuk berkongsi tentang kaedah pembelajaran
teradun serta menggunakan pelbagai aplikasi e-pembelajaran.
Manakala untuk hasil dapatan bagi soalan kajian yang kedua pula menunjukkan tahap
pengetahuan pembelajaran teradun bagi guru pelatih IPG KDRI ini juga berada pada tahap
yang tinggi. Hal ini merupakan satu langkah awal yang sangat baik untuk pihak IPG KDRI
untuk menggunakan kaedah pembelajaran teradun dalam sesi pembelajaran sejajar dengan
kehendak Amalan Pembelajaran Teradun IPGM (2019) yang mementingkan pemebalajaran
dalam talian.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Berikut dicadangkan beberapa aspek yang boleh diterokai oleh pengkaji yang ingin
melakukan kajian lanjutan berkaitan dengan pembelajaran teradun. Antaranya, kajian yang
sama dengan menggunakan tajuk Pembelajaran Teradun (PT) atau Blended Learning (BL),
dengan membesarkan bilangan populasi kajian dengan menjadikan guru pelatih di seluruh
IPGM sebagai populasi kajian. Sebagai contoh IPG kawasan Pantai Timur sahaja atau IPG di
Pantai Barat sahaja. Kajian kualitatif juga boleh dijalankan untuk meneroka Pembelajaran
Teradun (PT) dalam kalangan guru sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah atau
sekolah menengah. Selain itu, kajian yang sama dengan menggunakan tajuk Pembelajaran
Teradun (PT) atau Blended Learning (BL), pengkaji boleh menganalisis data dengan kaedah
selain statistik deskriptif iaitu kaedah inferensi seperti ujian t, korelasi antara dua pemboleh
ubah, ANOVA dan sebagainya. Hal ini bagi mencari hubungan antara jantina, opsyen dan
sebagainya mahupun hubungan anatara kesediaan dan motivasi dalam menjayakan tajuk
Pembelajaran Teradun (PT) atau Blended Learning (BL). Dengan menggunakan tajuk yang
sama iaitu Pembelajaran Teradun (PT) atau Blended Learning (BL), pengkaji juga boleh
mempelbagaikan dan mencari tempat lokasi kajian yang lain untuk kajian lanjutan seperti
lokasi kajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS),
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT) dan sebagainya
Institusi Pendidikan
Kajian ini dapat membantu pihak pengurusan IPG KDRI untuk mengenal pasti bentuk e-
Pembelajaran yang sesuai untuk siswa guru bagi mendepani cabaran semasa dan selepas
situasi Pandemik Covid-19. Manakala kesannya kepada IPGM pula ialah pihak-pihak atasan
boleh menyediakan peruntukan kewangan bagi menjayakan program-program yang ingin
dilaksanakan oleh pihak IPG seperti seminar, kursus, bengkel yang selari dengan anjakan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 868

