Page 889 - e Prosiding Serai 2021
P. 889

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                PENGGUNAAN SMARTTHINK BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN  MURID TAHUN
                     4 SEKOLAH KEBANGSAAN TOK JEMBAL DALAM TAJUK MESIN RINGKAS

                Mohd Hasif Aiman S, Mohammad Sarihi M.D, Muhammad Zaim Hakim L, Dr Fouziah M
                                              dan Muhammad Nur Fitri M

                                   Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                                                hasif.aeman@yahoo.com



                                                       ABSTRAK



               Peta minda adalah satu alat yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat membantu
               murid mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, memahami, mensintesis dan membantu
               otak untuk bekerja dengan lebih cepat. Oleh itu, kajian tindakan ini adalah satu bentuk kajian

               penyelidikan  pendidikan  yang  mengkaji  keberkesanan  penggunaan  Smartthink  bagi
               meningkatkan  penguasaan  murid  tahun  4  Sekolah  Kebangsaan  Tok  Jembal  dalam  tajuk
               Mesin Ringkas. Seramai tiga orang murid tahun 4 Ibnu Hajar dari Sekolah Kebangsaan Tok

               Jembal  telah  dipilih  sebagai  responden  kajian  ini.  Pengumpulan  data  dibuat  melalui
               pemerhatian,  soal  selidik,  temu  bual,  ujian  diagnostik  dan  juga  ujian.  Dapatan  kajian
               menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian purata min (skor) iaitu meningkat daripada

               44% kepada 80%. Secara keseluruhannya, kaedah Smartthink berjaya dalam meningkatkan
               prestasi dan menunjukkan pemahaman murid yang mendalam bagi tajuk ini dan juga dapat

               menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains.

               Kata kunci: Kaedah peta minda, pencapaian, kefahaman, minat


               PENGENALAN


               Minat dan rangsangan kepada murid untuk belajar adalah hasil daripada kreativiti seorang
               guru. Dalam usaha menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam sesi pengajaran dan

               pembelajaran subjek Sains, kaedah Smartthink merupakan salah satu kaedah yang mampu
               memberi kesan. Kaedah ini membantu mencungkil daya kreativiti guru dalam menyampaikan
               pengajaran di samping memupuk pemikiran yang kreatif dalam kalangan murid. Strategi yang

               diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan kaedah peta minda.
               Menurut Tony Buzan (2006), manusia akan mudah mengingati sesuatu yang menarik untuk

               dipandang  dan  tulisan  atau  gambar  ringkas  yang  mengandungi  maklumat  yang  boleh
               disimpan di dalam minda manusia. Ini menunjukkan selain pemahaman terhadap apa yang
               diulangkaji, proses untuk mengingat juga penting untuk murid memanggil kembali data yang

               telah disimpan tadi. Oleh itu, dalam memudahkan pemahaman serta dapat menarik minat dan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                871
   884   885   886   887   888   889   890   891   892   893   894