Page 890 - e Prosiding Serai 2021
P. 890

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               memanipulasi kedua-dua otak, kaedah pembelajaran secara peta minda yang diperkenalkan
               oleh Tony Buzan adalah satu kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan.




               SOROTAN LITERATUR


               Penggunaan peta minda dalam proses PdP dapat membantu pelajar untuk meningkatkan
               kefahaman mengenai isi pelajaran yang diajar (Awaatif & Norizan 2011). Peta minda lazimnya
               memberikan  rangsangan  visual  dan  meningkatkan  motivasi  pelajar  untuk  melaksanakan

               ulang kaji secara kendiri (Mohd Mahzan, Abdul Razak & Mohd Muhaimi, 2014). Selain itu,
               penggunaan peta minda merangsang pelajar untuk bersikap positif terhadap sesebuah subjek
               yang  dipelajari.  Keinginan  pelajar  untuk  belajar  semakin  meningkat,  perasaan  seronok

               semakin bercambah bahkan secara tidak langsung dapat merangsang keinginan pelajar untuk
               melakukan latihan pengukuhan dalam sesebuah subjek yang dipelajari (Awaatif & Norizan
               2011).


                       Kebanyakan guru  tidak menekankan kemahiran  berfikir kepada murid-murid  dalam
               pengajarannya (Haron et al., 2016). Hasil kajian Tengku Fairus & Zamri (2014). membuktikan

               bahawa  proses  PdPc  pada  masa  ini  masih  tidak  membantu  murid  dalam  penghasilan
               pemikiran yang kritis sekali gus kemahiran berfikir tidak dapat disebarkan dalam diri murid.
               Justeru,  pendekatan  dan  kaedah  PdPc  yang  pelbagai,  lebih  efektif,  releven  dalam  iklim

               Pendidikan  4.0  yang  berteraskan  ledakan  maklumat  digital  perlu  diperkenalkan.  Hal  ini
               demikian kerana pembelajaran masa kini menuntut setiap guru supaya bertindak lebih kreatif
               dan inovatif untuk mewujudkan PdP berkesan di dalam bilik darjah (Norhailmi, 2017)


                       Terdapat  kajian  yang  dijalankan  berkaitan  penggunaan  peta  minda  ini,  antaranya;
               Rajapriya dan Kumar (2017) mendapati bahawa pelajar cenderung dalam penggunaan peta

               minda.  Hal  ini  kerana  pelajar  mampu  untuk  menunjukkan  beberapa  cara  yang  boleh
               mengembangkan  proses  pembelajaran  mereka  dalam  sains.  Selain  itu,  kajian  tersebut
               merumuskan bahawa peta minda dapat menyediakan kepada pelajar kaedah pembelajaran

               yang  berkesan  jika  ia  dizahirkan  dalam  bentuk bertulis.  Menurut  mereka  lagi,  peta  minda
               mendorong pelajar pada tahap pemprosesan yang mendalam bagi membentuk ingatan yang
               baik.  Berdasarkan  artikel  tersebut,  kajian  ini  pula  dijalankan  bagi  melihat  signifikasi

               penggunaan peta minda dalam pengajaran topik Mesin Ringkas. Hal ini untuk menganalisis
               tahap  keberkesanan  penggunaan  peta  minda  Smartthink  dalam  pengajaran  dibandingkan

               dengan sebelum intervensi.

                       Muniroh et.al. (2017) membincangkan peta minda dalam artikel yang berjudul Tinjauan
               literatur penggunaan peta minda dalam pengajaran matematik. Mereka berpendapat bahawa





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                872
   885   886   887   888   889   890   891   892   893   894   895