Page 887 - e Prosiding Serai 2021
P. 887
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
paradigma pendidikan revolusi industri 4.0 yang menekankan penggunaan ICT dalam PdPc.
Kepentingan bagi pihak sekolah pula ialah dapat menjalankan PdPC dengan fleksibel
menggunakan kaedah Pembelajaran Teradun (PT). Hal ini bersesuaian dengan situasi PdPc
semasa iaitu dalam menghadapi Pandemik Covid-19.
Siswa Guru
Kajian ini juga penting untuk siswa guru dalam meningkatkan pemahaman mereka terhadap
Dasar TMK yang telah dibawa oleh IPG yang ingin mengimplementasikan e-Pembelajaran
sebagaimana Pembelajaran Teradun. Implikasinya, guru pelatih dapat menjadi fasilitator
pembelajaran yang efektif. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan suasana yang menggalakkan
pelajar lebih berinovatif dan memiliki pemikiran yang kritis dalam pembelajaran di samping
dapat menghasilkan graduan yang berilmu, cerdik IT, berdikari dan berani dalam menghadapi
sebarang cabaran di dunia era informasi dan globalisasi. Selain itu, pembeljaran teradun ini
juga dapat menjadi salah satu platform untuk generasi siswa dan siswi guru muda
menghasilkan inovasi dan teknologi serta galakan untuk mereka berfikiran kritikal dan
berupaya mencipta sesuatu perkara yang baharu.
Pensyarah
Kajian ini turut memberi kesan kepada pensyarah di IPT bagi menjayakan Pembelajaran
Teradun (PT) atau Blended Learning (BL). Para pensyarah di IPT khususnya IPG dapat
menyeseuaikan kaedah Pengajaran menggunakan Pembelajaran Teradun (PT) sesuai
dengan situasi Pandemik Covid-19. Hal ini juga bagi memenuhi kehendak dan dasar yang
telah dikeluarkan oleh IPG KPM (2019) iaitu menggunakan Mod Pembelajaran Teradun dalam
Pengajaran dan Pembelajaran.
RUJUKAN
Abdul Aziz Ishak et.al (2020). Pembelajaran Atas Talian: Tinjauan Terhadap Kesediaan Dan
Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Diploma Logistik Dan Pengurusan Rantaian Bekalan,
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
Eliza Annis Thangaiah et.al (2020). Penerokaan Penggunaan E-Pembelajaran dalam
Kalangan Pelajar dan Pengajar TVET - Satu Kajian Awal.
Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dasar TMK Institut
Pendidikan Guru. Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.
Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Mod Amalan
Pembelajaran Teradun. Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2011). Dasar e-Pembelajaran Negara: Institusi
Pengajian Tinggi. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 869

