Page 892 - e Prosiding Serai 2021
P. 892

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

               Persoalan  kajian  pertama  yang  dibangkitkan  dalam  persoalan  kajian  untuk  membuktikan

               peningkatan skor murid-murid setelah belajar menggunakan Smartthink di dalam kelas dapat
               dilihat melalui jadual keputusan ujian di bawah ini dan graf perbandingan markah yang telah

               dibuat.

                                                        Jadual 2

                 Perbandingan Keputusan Ujian Diagnostik Dan Ujian Bagi Tiga Orang Responden


                              RESPONDEN                                     SKOR (%)


                                                                   UJIAN                 UJIAN
                                                               DIAGNOSTIK

                                     A                               40                    73

                                     B                               46                    86

                                     C                               46                    80


                       Jadual 3 menunjukkan perbandingan keputusan ujian diagnostik dan ujian bagi tiga

               orang responden. Bagi responden A telah mendapat 40% markah di dalam Ujian Diagnostik
               dan mendapat 73% markah di dalam Ujian. Seterusnya bagi responden C pula mendapat 46%

               markah di dalam ujian diagnostik dan mendapat 86% markah di dalam ujian. Pencapaian
               murid kurang memberangsangkan adalah kerana pengajaran dan pembelajaran guru yang
               kurang  menarik  dan  berkesan.  Di  samping  itu,  tajuk  Mesin  Ringkas  juga  adalah  susah

               difahami oleh responden.

                       Bagi Ujian diagnostik, responden A telah mendapat markah yang terendah iaitu 40%
               markah  berbanding  responden  yang  lain.  Ini  adalah  kerana  responden  ini  seorang  yang

               kurang memberi perhatian iaitu melihat sahaja guru mengajar tanpa memberi respon. Selepas
               pengkaji menggunakan kaedah pengajaran Smartthink bagi pembelajaran Sains topik Mesin

               Ringkas, peningkatan skor dalam markah ujian telah berlaku. Responden B telah mendapat
               markah tertinggi iaitu 86% markah dan diikuti dengan responden A dan C iaitu 80% markah
               dan  juga  73%.  Ini  adalah  kerana responden  B adalah  seorang murid  yang rajin  dan  aktif

               semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.

                       Objektif kajian untuk meningkatkan minat murid-murid dalam tajuk Mesin Ringkas ini
               pula dijawab berdasarkan instrumen soal selidik dan temu bual. Bagi soal selidik, pengkaji

               telah menganalisis data bagi item-item yang berkaitan dengan minat murid terhadap mata





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                874
   887   888   889   890   891   892   893   894   895   896   897