Page 914 - e Prosiding Serai 2021
P. 914

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               FASA MERANCANG

               Objektif Kajian


                   1.  Meningkatkan  kemahiran  membaca  dalam  kalangan  murid  tahun  2  menggunakan
                       halaman pembelajaran teradun cekal warna@2.
                   2.  Meningkatkan  kemahiran  menulis  dalam  kalangan  murid  tahun  2  menggunakan

                       halaman pembelajaran teradun cekal warna@2.



               Kumpulan Sasaran

               Kumpulan sasaran seramai tiga orang murid dari kelas tahun 2 yang terdiri daripada dua orang
               murid  lelaki dan satu orang murid perempuan. Murid-murid ini merupakan kumpulan murid

               yang terkesan akibat penutupan sekolah sepanjang tempoh pendamik Covid-19.

               Tindakan Intervensi Yang Akan Dijalankan


               Berdasarkan  kepada  analisis  masalah  yang  telah  dilaksanakan,  pengkaji  membangunkan
               sebuah  halaman  bahan  bacaan  digital  menggunakan  aplikasi  pendidikan  dengan
               menginterasikan kaedah membatang suku kata dengan penggunaan pembelajaran secara

               audio-visual  yang  memberi  fokus  kepada  aktiviti  membaca  sebagai  aktiviti  utama  diikuti
               dengan aktiviti menulis sebagai aktiviti pengukuhan.

               Setiap suku kata diwarnakan mengikut kod-kod warna berdasarkan kepada bilangan huruf

               dalam suku kata. Untuk perkataan suku kata tunggal, pengkaji menggunakan warna hitam,
               untuk suku kata KV (warna biru), untuk suku kata KVK (warna hijau) manakala suku kata

               KVKK (warna merah). Perkara ini bagi membolehkan murid mengeja perkataan berdasarkan
               ketetapan warna tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan yang tidak diwarnakan
               kerana murid-murid mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai suku kata khususnya suku

               kata KV.










                                        Rajah 1 : Contoh Suku Kata Kod Berwarna









               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                896
   909   910   911   912   913   914   915   916   917   918   919