Page 910 - e Prosiding Serai 2021
P. 910
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
berbual-bual. Aktiviti ini dilaksanakan setiap hari bagi menggalakan komunikasi antara guru
dan murid-murid disamping menilai penggunaan Bahasa dalam aktiviti ini. Pengkaji mendapati
murid-murid berminat dengan aktiviti ini di mana terdapat murid yang teruja untuk bercerita
berdasarkan kepada pengalaman sedia ada murid. Walau bagaimanapun, terdapat juga murid
mengambil masa mengujarkan cerita kerana proses mengingat secara kendiri.
Untuk aktiviti membaca, pengkaji memperkenalkan dengan paparan huruf dan suku
kata di sudut Bahasa Melayu sekolah bagi menilai pengalaman sedia ada murid ketikan PdPR.
Pengkaji mendapati bahawa murid-murid ini mengenal semua huruf dan suku kata KV yang
dipaparkan. Perkara ini penting untuk pengkaji menilai tahap penguasaaan murid dalam
kemahiran ini. Seterusnya, pengkaji melaksanakan aktiviti bacaan petikan pendek di mana
murid mengikut sebutan guru. Ketika aktiviti ini dijalankan, murid perlu menunjukan perkataan
yang disebut dalam petikan. Melalui aktiviti ini, pengkaji mendapati terdapat murid hanya
menyebut perkataan tetapi tidak dapat menunjukan perkataan dalam petikan. Terdapat juga
murid yang menunjukan perkataan yang berbeza daripada perkataan yang disebut.
Berdasarkan perkara ini menunjukkan murid kurang fokus terhadap sebutan perkataan oleh
guru.
Seterusnya, murid dikehendaki membaca petikan pendek dalam buku teks Bahasa
Melayu Tahun 2 secara kendiri dalam jangka masa 1 jam. Pengkaji berfungsi sebagai
fasilitator dalam mendengar bacaan murid secara bergilir-gilir dan membantu membaiki
sebutan murid yang kurang tepat. Pengkaji mendapati bahawa murid-murid ini kurang lancar
menyebut perkataan yang dipaparkan. Terdapat murid yang mengeja huruf tetapi kurang tepat
ketika menyebut perkataan serta murid yang tidak mengecam suku kata dengan tepat
khususnya suku kata KVKK di mana murid ini akan memisahkan KVK dan K. Perkara ini
menyebabkan murid-murid berasa bosan untuk meneruskan aktiviti ini.
Dalam aktiviti menulis, pengkaji meminta murid untuk menulis merangkumi huruf dan
suku kata yang disebut. Pengkaji mendapati murid-murid ini mengambil masa untuk menulis
perkara yang disebut oleh guru. Pengkaji membantu murid menggunakan kaedah membatang
dan kaedah fonik dalam menyebut perkataan. Murid-murid ini boleh menulis tetapi masih
terkeliru dengan beberapa huruf apabila menggunakan kaedah fonik seperti huruf ‘i’, murid
akan menulis huruf ‘e’. Perkara ini menimbulkan kegusaran kepada pengkaji memandangkan
Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi dan merupakan salah satu petunjuk prestasi
utama KPM dalam memastikan tiada lagi murid yang buta huruf apabila mereka berada pada
tahap 2.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 892

