Page 909 - e Prosiding Serai 2021
P. 909

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               pembelajaran secara atas talian dan secara bersemuka serta mengoptimumkan pengunaan
               sumber  dalam  meningkatkan  penguasaan  murid  dalam  mata  pelajaran  yang  dipelajari

               (Garrison & Kanuka,2004). Pendekatan ini memerlukan kerangka pedagogi yang sistematik
               dalam mata pelajaran ajar bagi menyokong sesi PdP guru dan murid yang efektif (Kaur,2013).
               Melalui  pendekatan  ini,  prestasi  murid,  motivasi  belajar  dan  sikap  murid  terhadap  mata

               pelajaran yang dipelajari  memberi kesan positif  kepada murid-murid sekolah rendah (Noor &
               Zakaria, 2018). Oleh yang demikian, pelaksanaan intervensi melalui pengintegrasian aplikasi

               pendidikan  melalui  pendekatan  pembelajaran  teradun  perlu  berasaskan  kepada  model
               kurikulum iaitu model penjajaran konstruktif.

                          Bagi  memastikan  kelancaran  sesi  pembelajaran  maya,  aktiviti    pembelajaran  perlu

               selari  dengan  objektif  pembelajaran  mengikut  kepada  model  penjajaran  konstruktif.
               Implementasi  model  ini  bertujuan  memastikan  sesi  PdP  berlangsung  secara  sistematik
               dimana  murid  perlu  mengetahui  perkara  yang  dipelajari  sebelum  sesi  pengajaran

               dilaksanakan.  Aktiviti  pembelajaran  yang  dirancang  perlu  menjurus  keupayaan  murid
               mencapai objektif pembelajaran. Bagi mengukur pencapai tersebut, murid melaksanakan sesi

               pentaksiran  bagi  mengukur  sejauh  mana  penguasaan  mereka  terhadap  satu-satu  topik
               pembelajaran  (Kandlbinder,  2014).  Pelaksanaan  sesi  pembelajaran  yang  tersusun
               membolehkan  guru  melaksanakan  sesi  PdPr  selari  dengan  pelaksanaan  pembelajaran

               teradun yang berupaya membantu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran 2M.



               PELAKSANAAN KAJIAN


               Fasa  Pemerhatian Sesi Pembelajaran

               Pada tahun 2021, pengkaji ditugaskan untuk mengajar murid tahap satu iaitu kelas darjah dua
               bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Terdapat dua jenis mod pengajaran yang dilaksanakan
               iaitu mod PdPR bermula pada 21 Januari 2021 dan mod bersemuka bermula pada 1 Mac

               2021.  Ketika  sesi  PdPR,  pengkaji  menggunakan  kaedah  manual  dan  pembelajaran
               berasaskan  video  di  mana  penjaga  mengambil  lembaran  kerja  dan  membantu  murid
               menyelesaikan tugasan berdasarkan video penerangan yang disediakan. Sesi ini memberi

               fokus kepada aktiviti mengenal huruf kecil dan huruf besar sebagai asas kepada kemahiran
               bahasa dan memerlukan penekanan terhadap kemahiran ini.


                          Apabila sekolah beroperasi, pengkaji melaksanakan sesi PdPc mengikut rancangan
               pengajaran tahunan yang dirancang. Sepanjang sesi PdPc, pengkaji melaksanakan aktiviti
               kemahiran  bahasa  iaitu aktiviti  membaca, menulis  dan  dengar tutur  dengan  mulakan  sesi

               pengajaran  dengan  aktiviti  bercerita  dalam  kalangan  murid  secara  kumpulan  kecil  untuk





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                891
   904   905   906   907   908   909   910   911   912   913   914