Page 926 - e Prosiding Serai 2021
P. 926

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               1.1 % (kurang kemahiran teknikal menggunakan pembelajaran dalam talian). Cabaran utama
               yang dihadapi oleh murid semasa mengikuti PdPR ialah masalah sambungan talian Internet

               dan susah untuk memahami isi kandungan mata pelajaran.
               Jadual 4 : Cabaran-cabaran Sesi PdPR Yang Dihadapi oleh Murid (n=476)
                                            Item                               Frekuensi      Peratusan
                 1.  Sambungan talian internet                                    192             40.3
                 2.  Susah untuk memahami isi kandungan mata pelajaran            103             21.6
                 3.  Terlalu banyak kaedah pembelajaran dalam talian yang
                     digunakan oleh guru                                            68            14.3
                 4.  Kurang semangat akibat tidak dapat bersemuka
                     dengan kawan dan guru                                          52            10.9
                 5.  Data internet yang tidak mencukupi                             34            7.1
                 6.  Masalah terhadap komputer dan peranti peribadi                 22            4.6
                 7.  Kurang kemahiran teknikal menggunakan                           5            1.1
                     pembelajaran dalam talian


                      Keinginan  mengikuti  sesi  PdPR  diukur  berdasarkan  tiga  item  iaitu  :  (i)  Saya  ingin
               mengikuti sesi pembelajaran dalam talian pada masa hadapan, (ii) Saya bercadang untuk

               mengikuti sesi pembelajaran dalam talian pada masa hadapan dan (iii) Saya akan cuba untuk
               mengikuti sesi pembelajaran dalam talian pada masa hadapan.
                      Jadual  5  menunjukkan  skor  min  bagi  keinginan  mengikuti  sesi  PdPR  ialah  2.52

               (SP=.53).  Dapatan  kajian  menunjukkan  53.6%  responden  mempunyai  tahap  keinginan
               mengikuti sesi PdPR yang tinggi, 44.7% pada tahap sederhana dan 1.7% adalah pada tahap

               rendah. Hal ini bermaksud, separuh daripada jumlah murid SMK SBS mempunyai keinginan
               yang tinggi untuk mengikuti sesi PdPR.


                     Jadual 5 : Keinginan Mengikuti Sesi PdPR dalam kalangan Murid-murid SMK SBS
                                                               (n=476)
                 Pemboleh Ubah/Tahap                          Frekuensi     Peratusan      M        SP
                 Keinginan mengikuti PdPR                                                 2.52     0.53
                       Rendah (1.00 – 1.66)                         8            1.7
                       Sederhana (1.67 – 3.33)                   213           44.7
                       Tinggi (3.34 – 5.00)                      255           53.6
                       Jumlah                                    476           100

                       Ujian  Korelasi  Pearson  Product-Moment  digunakan  dalam  menentukan  hubungan
               antara  faktor motivasi dan sokongan ibu bapa dengan keinginan mengikuti sesi PdPR dalam

               kalangan murid.
                       Berdasarkan Jadual 6, dapatan menunjukkan faktor motivasi mempunyai hubungan
               yang  signifikan  dengan  keinginan  mengikuti  sesi  PdPR  dalam  kalangan  murid  SMK  Seri

               Bintang Selatan dan hubungan tersebut adalah hubungan yang sederhana (r = .49, p < .005).







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                908
   921   922   923   924   925   926   927   928   929   930   931