Page 948 - e Prosiding Serai 2021
P. 948

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                       Berdasarkan Jadual 2, kita dapat melihat dengan jelas bahawa majoriti responden
               memerlukan  satu  bentuk  panduan  dan  sokongan  profesional  bagi  membantu  mereka

               menyediakan  pusat  pembelajaran  dan  mengaplikasikan  pembelajaran  dengan  penerapan
               kemahiran abad ke-21 di pusat pembelajaran. Hal ini selari dengan apa yang dinyatakan oleh
               Noor  Azman,  Mazlina  &  Hamidah  (2020)  di  mana  guru  prasekolah  tidak  menggunakan

               panduan dalam mengendalikan persekitaran fizikal bilik darjah di prasekolah.


               KESIMPULAN KAJIAN

               Berdasarkan  dapatan  kajian,  dapat  dirumuskan  bahawa  ramai  guru  masih  kurang
               berkemahiran  dalam  menyediakan  pusat  pembelajaran  dan  mengendalikan  aktiviti

               berteraskan elemen STREAM dan kemahiran abad ke-21 di pusat pembelajaran prasekolah.
               Selain daripada itu, guru-guru perlu dibantu dengan satu panduan bagi mengatasi masalah
               yang  sedang  mereka  hadapi.  Kajian  ini  yang  merupakan  analisis  keperluan  telah

               menampakkan  ada  keperluan  bagi  membangunkan  satu  panduan  pengendalian  pusat
               pembelajaran  prasekolah  yang  berteraskan  elemen  STREAM  dan  kemahiran  abad ke-21.

               Impak  kepada  murid-murid  prasekolah  juga  tidak  boleh  diabaikan  kerana  kita  harus
               membimbing murid kecil ini supaya subur dan tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dan
               globalisasi pendidikan yang bergerak laju dan amat maju dalam abad ke-21 ini.


               CADANGAN KAJIAN

               Berdasarkan dapatan kajian, kajian ini mencadangkan agar banyak lagi kajian seumpama ini

               diduplikasi bagi melihat secara akar umbi masalah yang berlaku dalam kalangan guru kerana
               seorang guru prasekolah akan membawa impak kepada 25 orang murid pada satu tahun

               persekolahan. Selain itu kajian mencadangkan agar pembangunan panduan pengendalian
               pusat  pembelajaran  diteruskan  untuk  membantu  guru-guru  prasekolah  menyahut  hasrat
               kerajaan dalam memberikan pendidikan terbaik bermula peringkat awal di prasekolah supaya

               kanak-kanak yang terhasil melalui prasekolah kompeten dan memenuhi aspirasi dalam Pelan
               Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


               RUJUKAN

               Chiam,  H.K.  (2014).  Pembelajaran  awal:  Apa  pendidik  awak  kanak – kanak  perlu tahu.
                     Kertas  kerja  yang  dibentangkan  dalam  Seminar  Pendidikan  Awal Kanak - kanak,
                     Universiti  Pendidikan  Sultan  Idris,  Tanjong  Malim.

               Erikson,   E.   (1950).   Childhood   and   society.   New   York:   Norton

               Fullan,   M.,   &   Scott,   G.   Education   PLUS.   Washington:   Collaborative   Impact SPC.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                930
   943   944   945   946   947   948   949   950   951   952   953