Page 959 - e Prosiding Serai 2021
P. 959

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang
               dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah sekolah di bandar dan juga sekolah

               di luar bandar. Pendidikan yang berkualiti merupakan satu jaminan yang terbaik untuk berjaya
               di  masa  hadapan  khasnya  bagi  para  murid.  Untuk  mencapai  matlamat  tersebut,  jurang
               pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti, dan kualiti dapat ditingkatkan di antara

               jurang  sekolah  bandar  dan  sekolah  luar  bandar,  seterusnya  jurang  digital,  jurang
               sosioekonomi, jurang antara tahap pencapaian murid, jurang antara murid bandar dan murid

               di pedalaman seperti murid orang asli.
                       Orang  Asli  yang  hidup  di  dalam  masyarakat  yang  terasing  dan  kurang  mendapat
               perkhidmatan sempurna terutama pendidikan, kemudahan awam dan kesihatan. Kedudukan

               geografi kediaman mereka yang terletak jauh di pedalaman telah mengukuhkan cara hidup
               dan pemikiran di kebanyakan masyarakat orang asli bahawa tiada faedah untuk menghantar

               anak-anak  mereka  ke  sekolah  (Mohammad  Johdi  &  Abdul  Razaq  2009).  Mengikut
               perangkaan,  terdapat  lebih  kurang  80  peratus kanak-kanak  Orang  Asli yang  tidak  pernah
               menamatkan  persekolahan  di  peringkat  sekolah  menengah  (Utusan  Malaysia,  Mei  2007).

               Secara  umum,  ibu  dan  bapa  masyarakat  orang-orang  asli  masih  tidak  berminat  dengan
               pendidikan.  Mereka  hanya  menjadikan  sekolah  sebagai  suatu  tempat  untuk  menghantar
               anak-anak  mereka  untuk  bermain,  juga  makan  dan  mendapatkan  wang.  Tetapi  apabila

               mereka melihat masyarakat luar menunjukkan minat terhadap pendidikan anak-anak orang
               asli, mereka menjadi lebih sedar tentang perlunya pendidikan. Menurut Mohammad Johdi dan
               Abdul  Razaq  (2009)  masih  sukar  untuk  mengubah  persepsi  mereka  disebabkan  oleh

               kurangnya kefahaman dan keperluan pendidikan untuk anak-anak mereka. Kebanyakan ibu
               bapa orang asli masih mahu mengekalkan cara hidup tradisi nenek moyang dan anak-anak

               ini  juga  mewarisi  kehidupan  seperti  mereka  juga.  Sesuai  dengan  matlamat  dan  usaha
               kerajaan  bagi  menyelesaikan  masalah  persekitaran  sosial  dan  keluarga  untuk  membantu
               mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi murid khususnya untuk murid orang

               asli.

               PERNYATAAN MASALAH


               Menurut ahli antropologi, orang asli di Malaysia terbahagi kepada tiga kumpulan suku bangsa
               yang dikenali sebagai Senoi, Negerito dan Melayu Proto (Mohd Kamal & Ab. Rahman 2009).

               Di dalam kumpulan suku bangsa Senoi ini terdapat pula etnik Temiar, Semai, Semaq Beri,
               Chewong, Jah Hut dan Mah Beri. Masyarakat orang asli terus terpinggir dan kurang peluang
               dalam  masyarakat  aliran  perdana  walaupun  peruntukan  sudah  disediakan  untuk

               pembangunan  pendidikan  mereka.  Pencapaian  mereka  dalam  pendidikan  masih  rendah
               Ahamad et al. (2012). Masyarakat orang asli masih merupakan masyarakat yang termiskin



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                941
   954   955   956   957   958   959   960   961   962   963   964