Page 964 - e Prosiding Serai 2021
P. 964
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
10.35 pagi selepas makan….situasi ini menyebabkan pelajar di sini semakin
ketinggalan…” (HG-GPK-HEM, 2015: 59)
Keadaan ini memburukkan lagi pencapaian sekolah ini dalam pelajaran akademik
termasuklah mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pelaksanaan mata pelajaran PJ juga
terganggu dengan situasi pelajar di sini. Mereka hanya belajar sekitar 2 jam 30 minit dalam
sehari. Begitu juga penguatkuasaan baju PJ sukar dijalankan, kerana pelajar orang asli akan
pakai pakaian yang beraneka jika disuruh pakai baju PJ, tambahan pula tiada peruntukan
khas untuk membeli baju PJ buat mereka.
PERBINCANGAN KAJIAN
Faktor Budaya Setempat
Kehidupan masyarakat orang asli yang “lasiez faire” sikap sensitif, mudah terasa, suka bebas
dan tidak terikat dengan peraturan yang menyebabkan kesan negatif ini kepada anak-anak
mereka (Aslian Pios 2012). Kajian mendapati pelajar orang asli sukakan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani yang melibatkan permainan seperti bola sepak, sepak takraw dan aktiviti
senaman. Namun begitu, kehadiran pelajar asli ke sekolah sangat tidak memuaskan
membantut pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Hal ini mungkin ada
kaitan dengan hasil dapatan Siti Hayati Yusoff (2010) yang telah menyenaraikan beberapa
faktor berkaitan budaya, cara hidup dan pemikiran Orang Asli itu sendiri telah menyumbang
kepada ketidakhadiran murid Orang Asli ke sekolah. Tambahan pula kurang motivasi
daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka pergi ke sekolah dan ini
menyebabkan ramai murid asli tercicir. Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak dan
mengikut kata anak-anak secara berlebihan, memberi kesan negatif kepada pembelajaran
anak mereka. Begitu juga pelajar orang asli terdedah dengan tingkah laku menyimpang yang
wujud dalam masyarakat mereka seperti minum arak, merokok dan berjudi serta
kemungkinan terdedah dengan bahaya dadah.
Faktor Sikap Murid
Maklum balas daripada responden kajian mendapati faktor sikap murid orang asli antara faktor
utama menjadi penghalang dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Alasan malas membawa
pakaian sukan ke sekolah, datang lewat ke kelas dan cepat bosan sering menjadi halangan
penglibatan murid orang asli. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Johari dan Nik Selma
(2010) dalam kajian beliau berkaitan faktor-faktor masalah ponteng di kalangan pelajar. Faktor
sikap ini menjadi faktor utama pelajar poteng sekolah. Begitu juga kajian Zainal Sarib (2003)
menyatakan sikap pelajar yang tidak serius dalam belajar menyumbang kepada ponteng
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 946

