Page 960 - e Prosiding Serai 2021
P. 960

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               dan termundur. Di antara punca kemunduran di kalangan orang asli kerana kegagalan mereka
               menerima  secara  positif  dan  efektif  sistem  pendidikan  negara  yang  boleh  mengangkat

               martabat dan maruah mereka (Ahamad et al. 2012). Mereka bukan sahaja ketinggalan dalam
               mata  pelajaran  akademik  bahkan  juga  bagi  mata  pelajaran  pendidikan  jasmani  (PJ).
               Tambahan pula kajian oleh Khor dan Zalilah (2008) mendapati tahap kesihatan masyarakat

               orang asli di Semenanjung Malaysia masih ketinggalan di belakang populasi umum. Kadar
               nutrisi yang rendah di kalangan pelajar-pelajar orang asli disebabkan beberapa faktor seperti

               kualiti  diet  pemakanan,  pengetahuan  nutrisi,  penjagaan  kebersihan  diri  yang  kurang
               dititikberatkan dan kepercayaan budaya yang tidak sesuai (Zahiruddin 2014).


                       Sehubungan itu, sekolah seharusnya menjadi institusi terpenting dalam melahirkan
               murid  yang  berkualiti  dan  mempunyai  kesantunan  sahsiah,  kecemerlangan,  ilmu,  kejituan
               patriotisme  dan  kesejagatan  kepimpinan  (Abang  Ismail  2014).  Mereka  juga  perlu  diberi

               peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada
               arus pembelajaran nasional. Melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan

               di sekolah secara terancang dan tersusun ia berupaya memberi ruang persekitaran yang baik
               bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan fizikal dan penjagaan kesihatan.
               Sesuai dengan matlamat mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang digubal untuk memenuhi

               keperluan  pertumbuhan  dan  perkembangan  individu  bagi  membentuk  masyarakat  yang
               cergas, sejahtera dan produktif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Justeru itu, pengkaji
               cuba  mendapat  pandangan  guru  PJ  sejauh  mana  kesedaran  pelajar  orang  asli  terhadap

               kepentingan aktiviti Pendidikan jasmani. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat
               halangan pelaksanaan pengajaran PJ di sekolah orang asli.


               TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

               Kajian ini dilaksanakan berdasarkan tujuan-tujuan berikut:


                   1.  Mengenal  pasti kesedaran kepentingan mata  pelajaran  Pendidikan  Jasmani  dalam
                       kalangan murid orang asli di SK Sungai Berua

                   2.  Mengenal pasti halangan guru PJ dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
                       Pendidikan Jasmani sekolah murid orang asli di SK Sungai Berua

               METODOLOGI


               Sekolah  yang  terlibat  dengan  kajian  ini  ialah  Sekolah  Kebangsaan  Sungai  Berua,  Hulu
               Terengganu. Sekolah ini telah memenangi tempat ke tiga bagi kategori kecemerlangan ko-

               kurikulum di peringkat kebangsaan pada tahun 2014 bagi sekolah rendah luar bandar. Murid
               di sekolah ini keseluruhannya dari etnik Semoq-Beri. Bilangan keseluruhan pelajar sekolah ini
               seramai 117 orang, purata kedatangan sekitar 70 orang. George Kelly (1995) menyatakan


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                942
   955   956   957   958   959   960   961   962   963   964   965