Page 961 - e Prosiding Serai 2021
P. 961
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
jika kita dapat memahami sesuatu masalah itu, maka kaedah yang paling baik ialah dengan
bertanya kepada mereka yang terlibat dalam masalah tersebut. Kajian ini merupakan kajian
kes. Meriam (1998) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu
bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Dalam kajian ini, penyelidik
menggunakan temu bual berstruktur. Teknik temu bual dalam kajian ini melibatkan guru-guru
sekolah Orang Asli di SK Sungai Berua sahaja dan akan dianalisis untuk mengetahui
kepentingan dan halangan yang dihadapi dalam pengajaran PJ.
PROSEDUR DAN LANGKAH-LANGKAH PENGUMPULAN DATA
Teknik pensampelan yang digunakan dalam kajian ialah teknik pensampelan bertujuan.
Sample kajian terdiri daripada tiga orang guru PJ. Pemilihan sample pula dibuat berdasarkan
kriteria-kriteria yang telah ditetapkan iaitu: (i) Mengajar PJ di sekolah orang asli sekurang-
kurang dua tahun pengalaman (ii) berkebolehan berbahasa Semoq-Beri dengan baik.
Manakala, kaedah tematik analisis digunakan dalam menyusun data dengan cara
mengekot, mengetagorikan, mengorganisasikan serta meletakkan data mengikut elemen
yang dikenal pasti. Sebelum temu bual sebenar dijalankan, kajian rintis telah dilakukan bagi
mendapat pandangan dan maklumat berkaitan protokol temu bual dalam menambah baik
soalan yang ingin ditanya dalam kajian. Kajian rintis membantu penyelidik dalam
menganggarkan jumlah masa yang akan diambil ketika temu bual, mengenal pasti kesesuaian
dan kejelasan soalan temu bual. Semua temu bual dilaksanakan selama 30 hingga 35 minit.
Data-data temu bual di susun dalam bentuk transkrip. Transkrip tersebut di kembali kepada
setiap responden kajian untuk membuat penelitian pengesahan, atau kritikan sebelum temu
bual dalam kajian sebenar yang dilaksanakan.
Bagi setiap sesi temu bual, penyelidik akan membuat analisis awal sebagai rangka
kerja untuk soalan berikutnya. Semua sesi temu bual berlangsung selama 30 hingga 35 minit
bergantung keadaan responden. Susulan temu bual telah dijalankan secara peribadi melalui
telefon dan kurang daripada 20 minit setiap kali berurusan. Proses menganalisis data kajian
ini melibatkan protokol temu bual dan rakaman, penulisan transkrip rakaman, pengesahan
transkrip kajian dengan subjek kajian, segmentasi (pemecahan data lisan kepada segmen
bahagian-bahagian kecil), kategorikan transkrip selaras dengan literatur, pengekodan, dan
menggunakan ‘second coder’ dalam menentukan kesahan pengekodan tersebut. Maklumat
daripada analisis dokumen digunakan untuk menyokong dan menjelaskan data kajian ini.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 943

