Page 965 - e Prosiding Serai 2021
P. 965

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               sekolah.  Menurut  Mohammad  Johdi  &  Abdul  Razaq  (2009)  mendapati  sikap  semula  jadi
               pelajar orang asli yang suka bergerak dan tidak boleh duduk diam di dalam waktu yang lama

               termasuk kelas pendidikan jasmani. Disebabkan sifat mereka ini menyebabkan mereka tidak
               boleh memberi tumpuan pada guru semasa sesi pengajaran PJ terutama di dalam kelas.


               Faktor Perasaan Malu

               Pelajar orang asli juga mempunyai konsep kendiri yang rendah di mana mereka amat pemalu

               apabila  berhadapan  dengan  orang  luar.  Mereka  susah  untuk  didekati  disebabkan  oleh
               perasaan  malu.  Perasaan  ini  juga  merupakan  faktor  yang  membawa  kepada  keciciran
               pelajaran di mana ia terbawa-bawa ke dalam kelas PJ iaitu malu hendak bertanya apabila

               tidak  faham  sesuatu  pengajaran  akhirnya  merugikan  diri  mereka  sendiri.  Mereka  juga
               mempunyai sikap yang sensitif, mudah tersinggung dan guru tidak boleh marah pada mereka.

               Ini selari dengan kajian Siti Hayati Mohd. Yusof (2010) yang menyenaraikan faktor budaya
               fikiran orang asli seperti sikap sensitif, mudah tersinggung, tidak gemar dikongkong dan tidak
               suka terikat dengan peraturan. Keadaan ini boleh membawa kepada kesan negatif kepada

               pencapaian murid-murid orang asli.



               Faktor Kemahiran Diri

               Dalam kajian Aslian Pios (2012) mendapati pelajar orang asli suka permainan berkumpulan

               seperti bola sepak, sepak takraw dan bola jaring. Namun begitu, pelajar orang asli ini tidak
               mempunyai kemahiran yang baik dan tahap kecergasan mereka juga sederhana (Zahiruddin

               2014). Menurut Ramlee Mustafa et al. (2009) kepercayaan negatif dalam diri murid orang asli
               yang menyangka dirinya tidak mempunyai kuasa atau kebolehan untuk melakukan apa yang
               hendak dilakukan. Faktor sekatan peribadi dan kepercayaan negatif yang wujud dalam diri

               pelajar orang asli, lalu menjadi penghalang kepada kemajuan diri di dalam pelajaran. Keadaan
               juga berlaku semasa pendidikan jasmani di mana pelajar orang asli sukar melakukan aktiviti
               permainan mengikut kemahiran yang ditetapkan, disebabkan mereka hanya suka bermain

               tanpa belajar kemahiran di dalam PJ. Jadi dengan kekurangan kemahiran ini menyebabkan
               tidak ramai murid asli mewakili daerah di dalam acara sukan walaupun mempunyai badan
               yang tegap.



               Faktor Kekurangan Kemudahan Sukan


               Dalam kajian Hamidah Yusof et al. (2011) mendapati faktor infrastruktur termasuk murid tiada
               peralatan lengkap dan bahan bantu mengajar (BBM) yang kurang menjadi faktor penghalang




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                947
   960   961   962   963   964   965   966   967   968   969   970