Page 966 - e Prosiding Serai 2021
P. 966
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
penglibatan pelajar di dalam kelas PJ. Seterunya peruntukan Per-capita gran (PCG) yang
mereka terima amat sedikit menyukar pihak sekolah membeli peralatan PJ yang baru dan
banyak bagi menampung jumlah murid (Abang Ismail 2014). Tambahan pula kedudukan
sekolah orang asli yang jauh di pendalaman turut memberi kesan terhadap kekurangan
kemudahan awam seperti pengangkutan awam, perpustakaan, kemudahan wifi dan
kelengkapan gelenggang permainan (Mohammad Johdi & Abdul Razaq 2009). Disebabkan
kekurangan kemudahan yang diterima, ditambah pula dengan mentaliti mereka yang sempit
menyebabkan mereka malas berusaha dan akhirnya menyumbang kepada keciciran dalam
pelajaran pendidikan jasmani. Tambahan pula kekurangan wang dan kemiskinan keluarga
mereka juga menjadi penghalang kepada murid orang asli untuk belajar kerana mereka tidak
mampu membiayai dan membeli kelengkapan sekolah (Basir Zahrom 2009).
Dapatan kajian ini juga menemukan faktor yang dapat menarik minat murid asli untuk
penglibatan dalam kelas Pendidikan Jasmani iaitu aktiviti sukan berpasukan, guru yang mesra
dan peralatan yang baru. Jadi sistem pendidikan di sekolah perlu disesuaikan dengan
keperluan dan sifat murid orang asli semoq-beri. Lambert (2003) menerangkan guru perlu
mempelbagaikan teknik pengajaran sesuai dengan sifat mereka yang pemalu, memahami
budaya dan boleh berbahasa semoq-beri. Kemudahan sukan seperti gelanggang serba guna,
dewan terbuka dan peralatan atau kemudahan yang mencukupi (Zainun 1995, Ridgers et al.
2007, Rozita 2009) mampu menarik penglibatan pelajar orang asli secara total dalam aktiviti
PJ.
KESIMPULAN
Mata pelajaran PJ dibentuk bagi memberi peluang kepada para murid melakukan
aktiviti fizikal yang terancang dan membentuk keperibadian yang baik. Perkara ini dijelaskan
oleh Abang Ismail (2014), aktiviti sukan dapat memperbaiki keadaan fizikal atau kesihatan
para peserta. Tubuh yang sihat, berfungsi paling baik dengan otak yang aktif. Melalui latihan
pelaziman, peserta-peserta berpeluang mencapai satu tingkat pencapaian yang lebih baik
dari segi mental dan juga fizikal. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa kegiatan
bersukan sangat penting dalam menjaga kesihatan diri para murid. Malah kualiti kesihatan
dan kecergasan para murid akan terserlah dan meningkat melalui aktiviti Pendidikan Jasmani.
Disebabkan mempunyai tubuh badan yang sihat maka para murid dapat memberi penumpuan
dan fokus dalam mata pelajaran serta mampu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
mata pelajaran. Jadi halangan budaya setempat, sikap pelajar, perasaan malu, kemahiran diri
dan kekurangan kemudahan sukan perlu diatasi bagi mencapai objektif dan matlamat mata
pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah orang asli tercapai. Masalah murid orang asli telah
lama dan berpanjangan, oleh itu perlu pelan tindakan khusus dan segera bagi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 948

