Page 970 - e Prosiding Serai 2021
P. 970

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Perubahan kurikulum berlaku seiring dengan peredaran zaman dan teknologi. Perubahan ini

               adalah  bertujuan  melahirkan  murid  yang  berpengetahuan,  berkemahiran  dan  sanggup
               menghadapi cabaran di peringkat global. Perubahan yang berlaku dalam sukatan pelajaran

               menengah  rendah  bermula  apabila  kemenjadian  murid  menjadi  salah  satu  benchmark
               kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan.  Pada tahun 2017, Kurikulum Baru Sekolah
               Menengah (KBSM) digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang

               melibatkan semua murid tingkatan 1 di seluruh Malaysia. Perubahan ini adalah sejajar dengan
               pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
                       Kurikulum  baharu  ini  melibatkan  semua  aspek  pembelajaran,  ilmu  dan  kemahiran

               murid. KSSM terdiri daripada Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard
               Prestasi yang dikenali sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Oleh
               itu, pada tahun 2019, semua murid tingkatan 3 menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

               secara bertulis dengan menggunakan format baharu. Sejajar dengan itu, pihak yang terlibat
               dalam  pelaksanaan kurikulum, misalnya  seorang guru,  perlu memahami  ciri-ciri kurikulum

               baharu  serta  perubahan  yang  berlaku  (Sarason,  1990).  Menurut  Hoyle  &  Panter  (1995),
               perubahan  kurikulum  merangkumi  konsep  inovasi,  pembangunan,  pembaharuan  dan
               peningkatan kurikulum.

                       Perubahan kurikulum ditentukan oleh perubahan dalam aspek ekonomi, sosial dan
               teknologi.  Dalam konteks  pendidikan  di  Malaysia,  pihak  bertanggungjawab  perlu  memberi

               perhatian  terhadap  masalah  yang  dihadapi  oleh  pihak  pelaksana  iaitu  guru  di  sekolah
               terhadap perubahan kurikulum ini. Suatu masa dahulu, sistem pendidikan di Malaysia adalah
               berorientasikan peperiksaan. KSSM yang baharu dilaksanakan ini memerlukan masa yang

               lama  untuk  pentadbir,  guru,  murid,  dan  ibu  bapa  untuk  menerima  perubahan  ini  secara
               menyeluruh. Menurut Mior Khairul Azrin, (2011), perubahan dalam pendidikan memastikan
               warga Malaysia dapat memenuhi tenaga kerja berkualiti dalam sektor awam atau swasta.

                       Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pedagogi
               pengajaran guru geografi dan pembelajaran murid yang merangkumi sukatan baharu KSSM.


               Kajian ini dijalankan adalah untuk:
                   1.  Mengenal  pasti  pedagogi  PdP guru  mata  pelajaran  Geografi  dalam melaksanakan

                       KSSM di bilik darjah.
                   2.  Menilai keberkesanan PdP guru mata pelajaran geografi di sekolah.


               Kajian ini menggunakan Model Pembelajaran Aktif. Model ini berkaitan dengan bagaimana
               murid  dapat  menyelesaikan  masalah  berdasarkan  pengajaran  yang  diterima  (Luo,  2005).



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                952
   965   966   967   968   969   970   971   972   973   974   975