Page 971 - e Prosiding Serai 2021
P. 971
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Selain itu, model ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan langkah
menyelesaikan masalah. PdP berasaskan masalah membolehkan murid menguasai
penyelesaian, amalan, penyelidikan, pertanyaan, realistik, keaslian dan integrasi. Tujuan
model pembelajaran ini adalah untuk perolehan maklumat berdasarkan fakta dengan
memikirkan penyelesaian terbaik.
SOROTAN LITERATUR
Pedagogi guru dalam PdP adalah sangat penting. Bimbingan guru kepada murid adalah
dalam pelbagai segi seperti kualiti PdP, sikap guru, motivasi kaedah pengajaran dan
pengetahuan guru. Guru yang berkualiti adalah guru yang berusaha meningkatkan komitmen
murid dalam aktiviti di kelas dan semasa mengajar (Rohani et al. 2010). Selain itu, guru mata
pelajaran Geografi yang berkualiti dalam pengajaran sukatan baharu merupakan guru yang
kreatif dalam memilih pedagogi pengajarannya (Mutua, 2012). PdP yang berkesan
menjadikan murid berminat untuk belajar. Selain itu, penggunaan TMK dalam PdP KSSM
adalah salah satu penentu PdP objektif tercapai. Di dalam sukatan dan perubahan kurikulum
baharu ini, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai sangat dititikberatkan.
Dalam KBSM, PdP adalah lebih kepada kaedah tradisional, tetapi kini PdP guru
terarah kepada penggunaan TMK. Aplikasi TMK dalam PdP dapat meningkatkan motivasi
murid untuk belajar. Sebagai contoh penggunaan Google Earth atau Google Map dalam tajuk
peta Dunia dapat memudahkan pencarian kedudukan sesebuah negara. Pernyataan ini
disokong oleh kajian Mastura (2014) di sekolah menengah yang mendapati penggunaan
Google Earth dalam pembelajaran geografi dapat menarik minat murid dan dapat
meningkatkan pencapaian akademik mereka. Selain itu, Normah (2012) dalam kajiannya
menjelaskan tentang keberkesanan penggunaan video dan buku teks terhadap pencapaian,
minat dan motivasi murid untuk belajar geografi.
Penggunaan video dan Slaid Power Point, Powtoon atau animasi dalam pengajaran
dapat meningkatkan minat berbanding penggunaan buku teks. Hal ini disokong Abdul Said et
al. (2011) yang menunjukkan penggunaan bbm yang menarik seperti model bentuk muka
bumi, sungai dan proses kejadian gunung berapi dalam mata pelajaran geografi dapat
meningkatkan kefahaman dan prestasi murid. Selain itu, pembelajaran berpusatkan murid
memberi kesan positif terhadap pencapaian dan sikap murid. Selain itu, guru memainkan
peranan dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran.
METODOLOGI
Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif kerana kajian melibatkan dua orang guru
perempuan di dua buah sekolah menengah di negeri Pahang. Kedua-dua guru ini
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 953

