Page 483 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 483
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Sehubungan dengan itu, bagi menambahbaik amalan sedia ada dan menguji
keberkesanan amalan, kajian tindakan adalah satu penyelidikan yang sesuai untuk dijalankan
di kolej. Secara amnya, kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh
pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain untuk mengubah dan
menambah baik amalan sedia ada. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada
seorang guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat
dalam proses P&P.
Walau bagaimanapun, lazimnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang
dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam P&P. Misalnya, guru boleh menyelidik
kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi
keberkesanan pengajarannya. Model tradisional yang selalu diaplikasikan dalam menjalankan
kajian tindakan adalah berdasarkan model Action Research Cycle yang mempunyai asal usul
daripada Kemmis, McTaggart dan Nixon (1988). Menurut Kemmis dan McTaggart, model ini
mempunyai 4 elemen iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.
Guru kemudianya menyediakan pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang
dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses
pelaksanaan guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan. Keseluruhan pelaksanaan
adalah disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka
guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua sehinggalah masalah itu
diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap
pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada
mutakhirnya. Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah
pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum
yang hendak disampaikan.
SOROTAN LITERATUR
Analogi membantu pelajar memahami konsep reaktan pengehad dengan menghubung
pengalaman yang mereka lalui dan permasalahan pembelajaran. Analogi yang dinyatakan
dengan baik memberi manfaat kepada pemahaman pelajar tentang konsep reaktan pengehad
dengan menjadikan konsep itu lebih konkrit. Analogi yang dibuat adalah berkesan apabila
konsep reaktan pengehad sudah biasa dan difahami oleh pelajar (Giacaman, Sinnen, &
Adams, 2021).
Penggunaan teknologi dalam pendidikan memungkinkan proses pembelajaran untuk
lebih aktif, menarik, memotivasi, mensimulasikan, dan bermakna bagi pelajar. Contohnya,
persembahan PowerPoint, video animasi digunakan secara meluas dalam bilik darjah di
seluruh dunia. Teknologi Maklumat ini mesti bertujuan untuk penyertaan yang lebih baik dari
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 462

