Page 485 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 485

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               OBJEKTIF KAJIAN

               Objektif Umum

               Pelajar dapat menentukan reaktan pengehad dengan menggunakan kaedah video analogi.


               Objektif Khusus
                   1.  Pelajar  dapat  membuat  hubungan  pekali  stokiometri  antara  reaktan  dan  reaktan
                       dengan betul.

                   2.  Pelajar  dapat  membuat  perbandingan  diantara  bilangan  mol  yang  dikira  dengan
                       bilangan mol yang diberi.
                   3.  Pelajar dapat mengira jumlah produk dan reaktan berlebihan dengan betul.


               METODOLOGI KAJIAN


               Kajian ini adalah kajian tindakan berdasarkan pemerhatian dan semakan hasil kerja pelajar
               menujukan  permasalahan  utama  pelajar  adalah  tidak  dapat  membuat  hubungan  antara
               bilangan  mol  yang  diberi  dengan  pekali  stokiometri,  dan  tidak  dapat  menentukan  reaktan

               pengehad. Pelajar juga tidak dapat mengaitkan reaktan pengehad dengan reaktan yang lain
               dan produk yang terhasil. Kami selaku penyelidik membuat keputusan untuk menjalankan
               kajian  tindakan  bagi  membaiki  kelemahan  kami  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran

               sekaligus  dapat  membantu  pelajar  menguasai  konsep  reaktan  pengehad.  Kami  telah
               memulakan kajian kami dengan tinjauan permasalah pelajar, semakan latihan, semakan ujian
               dan  temu  bual.  Kemudian  kami  telah  merancang  untuk  mengatasi  masalah  ini  dengan

               menggunakan jadual analogi pada gelung pertama dan video analogi pada gelung kedua.


               Kumpulan Sasaran
               Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang pelajar S23T5 dan S23T11. Pelajar ini dipilih
               berdasarkan  keputusan  kuiz  reaktan  pengehad  yang  dilaksanakan  selepas  pengajaran

               pembelajaran secara tradisional di dalam kelas. Kesemua 10 orang pelajar ini tidak berjaya
               menentukan  reaktan  pengehad  dan  membuat  pengiraan  stoikiometri  dalam  menentukan

               jumlah hasil dan reaktan berlebihan.

               Tinjauan Masalah

               Pada  sesi  pembelajaran  lepas,  penyelidik  telah  menggunakan  kaedah  penyampaian
               pembelajaran tradisi seperti penerangan menggunakan papan putih di kelas, menerangkan
               konsep  reaktan  pengehad  dan  stoikiometri  menggunakan  tindak  balas  kimia.  Pada

               pandangan  penyelidik  dan  pensyarah  yang  lain,  cara  penyampaian  ini  kurang  berkesan
               kerana pelajar tidak dapat membayangkan konsep reaktan pengehad melalui tindak balas


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                464
   480   481   482   483   484   485   486   487   488   489   490