Page 486 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 486
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kimia. Selain itu, terdapat juga pelajar yang memahami penerangan pensyarah di dalam kelas
tetapi tidak mampu menyelesaikan soalan latihan yang diberikan. Ini menunjukkan pelajar
tersebut tidak memahami konsep dengan jelas.
Semakan latihan pelajar yang lepas, kebanyakkannya tidak memahami konsep
reaktan pengehad. Seterusnya pelajar tidak dapat menyelesaikan konsep stoikiometri yang
berkaitan dengan reaktan pengehad dalam menentukan jumlah hasil dan reaktan yang
berlebihan berdasarkan tindak balas kimia yang diberi. Segelintir pelajar juga sering memilih
untuk meninggalkan soalan reaktan pengehad atau hanya memilih sahaja mana-mana
reaktan dalam tindak balas yang diberi sebagai reaktan pengehad. Faktor pemilihan reaktan
pengehad pelajar ialah berdasarkan nama kompaun produk. Ini menujukkan pelajar masih
tidak memahami konsep sebenar reaktan pengehad.
Berdasarkan temubual, pelajar sukar untuk memahami konsep reaktan pengehad
kerana tidak dapat mengambarkan tindak balas yang diberi dalam menentukan reaktan
pengehad. Pelajar juga kurang memahami kepentingan mengenalpasti reaktan pengehad
terutamanya jika soalan meminta mencari jumlah hasil yang bagi mana-mana produk tanpa
menyatakan mengenalpasti reaktan pengehad. Oleh itu, penyelidik merancang untuk
mengaitkan aktiviti kehidupan seharian pelajar dalam memahami konsep reaktan pengehad
dengan mengunakan kaedah jadual analogi dan seterusnya kaedah video analogi dalam
membantu pelajar memahami konsep reaktan pengehad.
Tindakan Yang Dijalankan
Kumpulan sasaran untuk kajian telah dipilih dari ujian pra yang dilaksanakan kepada tujuh
belas orang pelajar S23T5 dan S23T11 selepas pengajaran dan pembelajaran secara tradisi.
Sepuluh dari tujuh belas pelajar telah mendapat markah kurang dari 50% iaitu gred D ke
bawah semasa ujian tersebut (Rujuk Lampiran 1). Sepuluh pelajar yang dipilih untuk
mengikuti kajian adalah dari kalangan yang tidak dapat menentukan reaktan pengehad yang
seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat mengira jumlah hasil dan reaktan berlebihan
dengan tepat bagi tindak balas yang diberi.
Aktiviti Gelung 1: Jadual Analogi
Langkah 1:
Pelajar diberi jadual analogi untuk menganggarkan bilangan produk (s’more) mengikut situasi
yang diberi. Terdapat tiga nisbah bahan yang berbeza bagi (Graham Crackers, Hershey Bar,
Marshmallows) yang digunakan semasa menentukan bilangan s’more. Pelajar seterusnya
diminta menentukan reaktan pengehad, bahan berlebihan dan jumlah bahan yang telah
digunakan. Pelajar mengaplikasikan gabungan kemahiran dan pengetahuan dalam
menyediakan makanan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 465

