Page 484 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 484

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               pelajar.(Nechypurenko  et  al.,  2018)  Video  animasi  sebagai  teknologi  canggih  yang
               membolehkan  pengguna  berinteraksi  dengan  dunia  maya  dan  dunia  nyata  dalam  aplikasi

               masa  nyata  dapat  membawa  pengalaman  yang  lebih  semula  jadi, menarik  perhatian  dan
               motivasi  pelajar  dengan  potensi  tinggi  untuk  meningkatkan  pengalaman  belajar.  Video
               animasi  juga  dapat  meningkatkan  keberkesanan  dan  daya  tarikan  pengajaran  dan

               pembelajaran untuk pelajar dalam kehidupan sebenar. Ini memberi peluang untuk pengkaji
               menjalankan aplikasi kolaboratif.( Bello-Bravo et al., 2019)

                      Kajian  yang  dijalankan  ini  berfokuskan kepada kaedah memahami konsep reaktan
               pengehad dengan menggunakan kaedah video analogi.( Brouillette, 2019) Kajian ini adalah
               penting  bagi  pelajar  sains  matrikulasi  dalam  penyelasaian  masalah  stoichiometri.  Kaedah

               video analogi ini dicipta supaya pelajar dapat membuat perbandingan reaktan yang terlibat
               dengan lebih mudah. Pada masa yang sama, pelajar dapat membuat perbandingan bilangan

               reaktan pengehad dan bilangan produk yang terhasil dengan lebih mudah juga.
                      Menurut Glynn (2004) dan Glynn, Duit dan Thiele (1995) yang telah menggunakan
               Teaching-With-Analogies Model. Model ini telah dapat membantu pelajar menghubungkaitkan

               idea  baru  dengan  pengetahuan  asas  yang berkaitan.  Model  ini  telah  terbukti  berkesan  di
               dalam  bilik  darjah  dan  eksperimen  yang  formal  dimana  penggunaan  analogi  dapat
               meningkatkan  pemahaman  pelajar  dan  menarik  minat  pelajar.  (Körhasan,  Hıdır,  2019).

               Secara tidak sedar selama ini, ramai guru-guru telah menggunakan kaedah analogi di dalam
               bilik  darjah  semasa  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran.  Guru-guru  telah  pun  mencipta
               analogi-analogi  yang  berkaitan  terutamanya  yang  menggunakan  analogi  yang  mudah

               dibayangkan atau mudah dilihat oleh pelajar. Selalunya juga boleh dilihat penggunaan analogi
               ini  telah  digunakan  sekian  lama  oleh  para  pendidik  sama  ada  di  peringkat  pra-sekolah,

               sekolah rendah, sekolah menengah dan tidak terkecuali peringkat kolej dan universiti.
                      Analogi  berdasarkan  Kamus  Dewan  Edisi  Keempat  (2007)  ialah  kias  atau
               perbandingan, yang memperlihatkan ciri-ciri persamaan. Kaedah analogi ini kerap dikaitkan

               dengan bidang pendidikan dan kesusasteraan. Menurut Else et al. (2008), penggunaan model
               dan analogi di dalam pendidikan sains pedagogi boleh memberi ruang kepada pelajar untuk

               mendapat pemahaman ciri-ciri sains. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih kaedah
               jadual analogi dalam menentukan reaktan pengehad dan penyelesaian masalah stoichiometri
               yang melibatkan reaktan pengehad. Pengkaji telah membina dua jadual untuk mengaitkan
               antara  reaktan  dan  produk.  Jadual  pertama  menggunakan  item-item  dalam  kehidupan

               seharian  (contoh:  bahan-bahan  untuk  membuat  sandwich)  dan        jadual  kedua  yang
               menggunakan tindak balas kimia.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                463
   479   480   481   482   483   484   485   486   487   488   489